Showing posts with label kongsi-kongsi ilmu. Show all posts
Showing posts with label kongsi-kongsi ilmu. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

"3 Perkara Mesti Anda Tahu"


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian.
2- Isteri yang soleh.
3- Ketenangan semasa solat.

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah.

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Memukul musuh dengan pedangku (semasa perang).

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Membawa doa orang yang teraniaya

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”
1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

Marilah kita sama-sama mengejar apa yang disukai Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w, malaikat dan para sabahat...moga-moga kita mendapat rahmat dari Allah dan syafaat dari Rasulullah..insyaAllah.

Thursday, September 29, 2011

"Ajaran Syi'ah"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah lama tidak menempel di blog ni, atas permintaan pembaca untuk menjelaskan serba sedikit maklumat berkenaan ajaran ini. saya cuba la berkongsi, moga-moga membawa manfaat untuk semua..insyaAllah.

PENGERTIAN SYI’AH

Dari segi etimologis (bahasa), Syi’ah berarti "Para Pengikut, Pendukung atau Pembela". Contohnya:
Syi’ah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Pendukung atau pembela Ali". Syi’ah Muawiyah,
berarti: Pendukung atau pembela Muawiyah.

Menurut Terminologi (istilah), Syi’ah adalah "Orang yang membela Ali dan meyakini kepemimpinannya sesuai nash atau wasiat, dan bahwa kepemimpinan sebelumnya telah mendzaliminya, dan kepemimpinan tidak boleh keluar dari anak keturunannya, dan mereka meyakini pula bahwa keyakinan ini (Al Imamah) merupakan salah satu pilar utama dalam agama.”1 Maka apabila disebutkan bahwa si Fulan itu Syi’ah, artinya dia menganut atau berfahaman Syi’ah.
 
Pada zaman Rasulullah, dan pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar serta 'Usman kata Syi’ah dalam arti faktual suatu kelompok atau pemahaman belum wujud dan belum terbentuk, saat itu kaum muslimin hanya mengenal Dienul Islam bukan Syi’ah. Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syi’ah (penyokong) Ali dan Syi’ah Muawiyah. Hanya kedua kelompok Syi’ah pada saat itu mereka berfahaman Ahlus Sunnah wal-Jamaah.

SEJARAH LAHIR SYI’AH

Syi’ah lahir kepermukaan ketika seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba’ hadir dengan mengaku sebagai seorang muslim, mencintai Ahlul Bait (keluarga nabi), berlebih-lebihan di dalam menyanjung Ali bin Abi Thalib, dan mendakwakan adanya wasiat tentang kekhalifahannya, yang pada akhirnya ia mengangkatnya sampai ke tingkat ketuhanan. Kemudian idiologi seperti inilah yang akhirnya diakui oleh buku-buku syi’ah itu sendiri.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Asal Rafidhah (Syi’ah) ini dari Munafiqin dan Zanadiqah (orang-orang yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran). Pencetusnya adalah Abdullah bin Saba’ Az-Zindiq. Ia menampakkan sikap ekstrim di dalam memuliakan Ali, dengan suatu slogan bahwa Ali yang berhak menjadi imam (khalifah) dan ia adalah seorang yang makshum (terjaga dari segala dosa).” Seorang tokoh terkemuka Syi’ah, Al-Qummi pengarang buku Al-Maqalaat wal firaq mengaku dan menetapkan akan adanya Abdullah bin Saba’ ini, ia menganggapnya sebagai orang yang pertama kali menobatkan keimaman (kepemimpinan) Ali bin Abi Thalib serta iapun menyakini bahwa Ali akan muncul kembali ke dunia ini, di samping ia juga termasuk orang yang pertama mencela Abu Bakar, Umar, Usman dan para sahabat lainnya. Begitu juga An-Naubakhti dalam bukunya Firaqus syi’ah, Al-Kusysyi dalam bukunya yang terkenal Rijalul-Kusysyi5, mereka mengakui hal ini, dan sudah menjadi aksiomatif, bahwa pengakuan adalah bukti yang paling kuat, ditambah lagi mereka adalah pembesar-pembesar Syi’ah.
 
Al-Baghdadi berkata: “Assabaiyyah adalah pengikut Abdullah bin Saba’, yang berlebih-lebihan di dalam mengagung-agungkan Ali bin Abi Thalib, sehingga mereka mendakwakannya sebagai seorang nabi, sampai kepada pengakuan bahwa dia adalah “Tuhan”. Masih dikatakan oleh Al-Baghdadi: Seorang peranakan orang hitam maksudnya adalah Abdullah bin Saba’, sebenarnya ia seorang yahudi dari penduduk Hirah, berupaya menampakkan keIslamannya,

Itulah serba sedikit, hanya untuk pengertian dan sejarah kelahiran syiah. artikal ini diambil daripada google jer...insyaAllah pembaca-pembaca boleh cari artikal ini kat sana..

Thursday, July 28, 2011

" Doa Apabila Berhadapan Orang Kafir/Zalim"


Doa ini dimohon oleh Nabi Ibrahim a.s bagi memohon perlindungan Allah SWT ketika memerangi musuhnya kaum kafir. Juga boleh diamalkan bagi mohon dilindungi Allah daripada segala fitnah.


Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! (4)
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (5)

Surah Al-Mumtahanah

Saturday, July 9, 2011

" Rumah Mengalami Gangguan"

Assalamualaikum,

Disini saya ingin berkongsi sedikit doa yang digunakan untuk menghindari gangguan di dalam rumah anda. tanda- tanda rumah anda mengalami gangguan seperti terdengar orang menumbuk, mengalih barang dan berjalan diatas atap rumah. ini kerana setiap rumah dihuni oleh jin, sekiranya rumah anda sunyi dengan kalimah-kalimah Allah seperti alunan ayat al-quran, jin ini akan menghuni sepenuhnya rumah anda..

doa di bawah ini ada perjanjian antara Nabi Allah Sulaiman dengan jin. doa ini boleh digunakan untuk menghalau jin didalam rumah anda. namu begitu kita hendak ikhlas dan yakin dengan pertolongan Allah swt. insyaAllah kita akan terpelihara dengan segala kejahatan jin dan syaitan..


Maksud Ayat:
"Dengan ini saya memperingatkan kamu wahai jin dengan perjanjian kamu (iaitu bani jin)
dengan raja kamu dahulu iaitu Nbi Sulaiman supaya kamu semua keluar
dan berpindah dari rumah kami (termasuk dari tubuh badan kami).

Saya juga memperingatkan kamu bahawa Allah memerintahkan kamu supaya keluar
dari rumah kami, dan jangan menyakiti seorang pun dari kalangan kami (manusia)
dan hendaklah kamu berpindah dari rumah kami".

p/s: sentiasa beramal dengan ilmu Allah, jangan jadikan bomoh tempat mengadu dan meminta pertolongan. sesungguhnya kamu telah mensyirikan Allah.

Friday, July 8, 2011

"7 Warna Dalam Kesihatan"


Batu permata asli mempunyai kesan yang lebih di dalam kegunaan untuk terapi kesihatan jika dibandingkan dengan kristal buatan. Kristal buatan manusia hanya bergantung kepada terapi warna sahaja. Manakala batu permata asli mempunyai kesan dari segi getaran warna yang terhasil dari Shumann Resonance Frecuency. Pancaran ini hanya dimiliki oleh benda-benda hidup dan jisim kurniaan Tuhan termasuk batu permata semula jadi ini.

Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian asas yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit. 7 bahagian ini dapat diterangkan dibawah.

7 Meridian Dalam Tubuh Manusia

7 meridian ini bermula dari bawah iaitu bermula dari anggota seks hingga ke atas kepala iaitu di ubun-ubun kepala.

Untuk kaedah rawatan anda perlu memakai gelang seperti biasa di tangan dan letakkan di bahagian bermasalah berpandu kepada carta penyakit yang dilampirkan. Gelang boleh diletakkan di atas Meridian 1 hingga 7 terus di atas kulit atau di bawah pakaian jika perlu. Serapan getaran warna adalah lebih berkesan jika bersentuhan dengan kulit.

I.MERIDIAN 1 : WARNA MERAH

Jenis Batu Permata/Kristal:
Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Almandine, Nilam Merah, Spinal, Akik Merah dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna merah

Keterangan :
Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)

Kegunaan Terapi:
a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan
b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah
c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen
d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina.
e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks
f) Bagus untuk kanak-kanak sekolah
g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan darah rendah

Elakkan Warna Merah:
Ketika letih, tertekan, selsema dan jika menghidap darah tinggi

Digunakan Untuk Merawat :
Kaki dan tangan sejuk (circulation problem)
Jantung
Badan lesu dan lemah/Kurang tenaga
Demam/Selsema
Batuk/Sakit tekak
Tenaga lelaki / Tenaga wanita

II.MERIDIAN 2 : WARNA ORANGE

Jenis Batu Permata/Kristal:
Kuartza Oren, Jasper Oren, Akik Oren, Amber Oren, Carnelian Oren dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna oren

Keterangan:

Warna untuk kesihatan, kegembiraan dan motivasi

Kegunaan Terapi:

a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru-paru, pankreas dan limpa
b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks
c) Sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi
d) Membantu mengurangkan kahak, asma, kejang, osteoperosis dan kemurungan

Elakkan Warna Oren:
Elakkan warna ini jika tidak selesa, cirit-birit

Digunakan Untuk Merawat :
Kencing manis,
Jerawat,
Gout,
Gastrik,
Lemah minda dan lembab pemikiran,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Batu Karang,
Sakit buah pinggang,
Barah

III.MERIDIAN 3 : WARNA KUNING

Jenis Batu Permata/Kristal:
Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning, Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning

Keterangan:

Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)

Kegunaan Terapi:

a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran
b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi
c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat. Gunakan warna ini untuk melawan bakteria
d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukan
e) Melegakan masalah kekurangan kalsium
f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi.

Elakkan Warna Kuning:
Elakkan warna ini ketika loya

Digunakan Untuk Merawat :
Sembelit/Angin dalam perut/Sakit perut,
Gastrik,
Masalah hati/Hepatitis,
Sakit Kepala (migraine)

IV.MERIDIAN 4 : WARNA HIJAU

Jenis Batu Permata/Kristal:
Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau

Keterangan :

Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas

Kegunaan Terapi:

a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan
b) Menyeimbangkan emosi
c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam badan
d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan
e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham
f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan

Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi
Gastrik
Resdung
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Barah

V & VI.MERIDIAN 5 & 6 : WARNA BIRU

Jenis Batu Permata/Kristal:

Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru

Keterangan:

Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’ dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai ‘communicative blue’.

Kegunaan Terapi:

a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan.
b)Memudahkan untuk mengingati ucapan
c)Membuang racun dalam badan
d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, melecur yang teruk, degupan jantung yang tidak normal, bronkitis, asma yang teruk, demam, sakit kepala, sun burn, kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan kanak-kanak yang terlalu aktif

Elakkan Warna Biru:
Warna ini tidak sesuai digunakan di ruang makan

Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi,
Gout,
Resdung,
Jantung,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Sukar tidur (insomnia),
Masalah hati/Hepatitis,
Buasir (hemorrhoid)

VII.MERIDIAN 7 : WARNA UNGU

Jenis Batu Permata/Kristal:

Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu

Keterangan:

Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang menyembuhkan penyakit.

Kegunaan Terapi:

a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut
b) Merehatkan badan dan minda
c) Anti bakteria - baik untuk merawat jerawat dan ekzema

Elakkan Warna Ungu:
Elakkan warna ini jika terlalu sensitif

Digunakan Untuk Merawat :
Gout
Sukar tidur (insomnia)
Barah
Jerawat
Ekzema

p/s: ingat pada yg Maha mencipta, Dia yg memberi kesihatan dan Dia juga memberi sakit. berdoa dan berikhtiarlah. jangan sampi mnesyirikkan Allah.

Friday, June 10, 2011

Do'a Mohon diberi Kemudahan

Artinya: "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10).

Penjelasan:
Doa diatas baik sekali dibaca oleh para pejuang muda yang menegakkan agama Allah agar mendapatkan keberhasilan dan kesuksesan. Karena doa tersebut adalah doa yang dibaca pemuda Ashhabu al-Kahfi, yakni sekelompok pemuda yang beriman kepada Allah Swt. hingga mendapatkan petunjuk yang sempurna dari sisi-Nya. Doa ini dibaca oleh mereka ketika akan masuk gua sebagai persembunyiannya untuk menyelamatkan agama yang hak, agama yang mereka pegangi dari fitnah-fitnah dan orang-orang zhalim. Dan Allah Swt. mengabulkan doa mereka Kisah Ashhabu al-Kahfi dapat dibaca dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 9-26.

Thursday, May 5, 2011

"Bulu Kucing...Najis???"


Terasa was-was, itulah fikiran saya selama ini setelah membaca sedikit info fiqah dalam majalah Solusi terbaru iaitu isu nombor 26. Mana tidaknya, kucing yang dibelas pasti akan meninggalkan bulunya di merata-rata tempat. Pasti ia akan melekat kepada kain baju kita bukan? Bulu kucing adalah najis, itulah yang tertulis di dalam info tersebut.

Menurut mazhab Syafi’i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuhnya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuhnya, sama ada semasa hidup atau selepas mati. Namun menurut mazhab Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Begitulah menurut info yang dibaca, ditambah pula hubungannya dengan solat. Menurut hukum syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat solat. Maka itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka solat itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis.

Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit seperti sehelai dua, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun sedikit. Bertapa pentingnya kebersihan di dalam solat, begitu juga dengan kehidupan kita seharian. Tambahan pula, Rasullah pernah bersabda bahawa “kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.”

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita, bahawa menjaga kebersihan itu penting di dalam kehidupan kita seharian dan yang paling peting adalah ketika hendak menunaikan solat.

p/s: sumber dari: http://blog.mohdisa.com/bulu-kucing-adalah-najis.html

Perincian ringkas mengenai pendapat mazhab adalah sebagai berikut:

Syafi'i
. Semua binatang (yang hidup) adalah suci kecuali anjing dan babi.
. Susu binatang yang halal dimakan
. Telur binatang sekalipun dari binatang yang haram dimakan dagingnya. dan dari yang telah mati.
. Bangkai binatang laut adalah suci, kecuali buaya, katak dan ular (binatang dua alam).
. Bulu binatang yang halal dimakan adalah suci samada ia dicabut semasa hidup atau selepas disembelih. Tetapi, yang dicabut
selepas mati (tidak disembelih) adalah najis.
. Bulu yang tercabut/tanggal dari binatang yang tidak halal adalah najis.
. Dimaafkan sedikit bulu yang najis selain dari bulu anjing dan babi.

Hanafi
. Semua bahagian dari anggota binatang yang di dalamnya tidak ada aliran darah melainkan babi adalah suci. Samada yang
masih hidup atau yang telah menjadi bangkai. Samada yang halal dimakan atau yang haram. Anggota yang tidak ada aliran
darah ialah seperti tulang, paruh, kuku, bulu dan sebagainya.

Maliki
. Semua benda yang hidup adalah suci .
. Binatang yang halal dimakan yang mati sebab sembelihan adalah suci (semua bahagian badannya).
. Binatang yang tidak halal, menjadi najis selepas mati.
. Rambut dan bulu adalah suci sekalipun daripada babi.
. Lebihan binatang yang halal dimakan adalah suci, seperti tahi merpati, ayam selagi ia tidak menggunakan benda najis sebagai
bahan makanannya.

Hanbali
. Bangkai binatang darat adalah najis kecuali yang tidak mengalir darahnya seperti belalang.
. Bangkai binatang laut adalah suci.
. Air kencing binatang yg halal dimakan adalah suci.
. Bulu dan seumpamanya daripada semua binatang yang halal dimakan adalah suci.

p/s: suber dari: http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab66.htm

Thursday, March 3, 2011

"Saatku Rukuk dan Sujud kepada MU"


Kita besolat ari-ari..tp apakah kita mengetahui akan fadhilat disebalik solat berkenaan..disini ana selitkan sedikit informasi rahsia disebalik solat kita...
  • 1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • 2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
  • 3. Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • 4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
     
  • 5. Rukuk : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
     
  • 6. Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
     
  • 7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
     
  • 8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
     
  • 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar..
     
  • 10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
     
  • 11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur..
     
  • 12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
     
  • 13 Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
‘Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi atau Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

"Solat Istiqarah"



Cara Sholat Istiqarah :Solat dua rakaat. Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud diakhir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur. 

Cara lain yang afdhal atau terbaik untuk saudara/i lakukan solat istikaharah dan mendapat petunjuk dari Allah ialah dengan melakukan perkara berikut sebelum tidur:-
 
1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk) 

2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-

Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut. 

4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bacaan adalah sama dengan solat taubat.

5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin

6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang terus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang menjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan. 

Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:

 


"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Wednesday, March 2, 2011

"Menghindari Penyakit Was-was"

 
Penyakit was-was ialah satu penyakit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang terutama dalam menunaikan niat sesuatu seperti untuk meniatkan sembahyang atau mengambil wuduk dengan secara tiba-tiba dia merasakan dia tidak lagi meniatkan niat tersebuat sedangkan pada asalnya dia sebenarnya sedah meniatkannya, penyakit ini datang dan memberikan rasa tidak yakin kepada niat yang dibuat dan merasakan ibadat yang dilakukan tersebut tidak dibina diatas niat yang betul.
 
Antara doa menghindari was-was :
Doa was-was 1.

 Maksudnya : Dialah yang awal (Allah telah ada sebelum sesuatu ada)
yang akhir (pada saat segala sesuatu telah hancur, allah masih tetap kekal)
Yang lahir (dialah yang Nyata, sebab banyak bukti yang menyatakan 
adanya Allah) yang batin (tiada sesuatu yang menghalangnya, Allah
lebih dekat kapada hamba-hamba Nya daripada mereka pada
dirinya) Dialah yang maha Mengetahui atas segala sesuatu (Surah Al-Hadid : 3)

(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang Jayyid)
Penjelasan dan cara beramal.
Maksud Firman Allah " Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Surah Fussilat Ayat 36.)

Allah s.w.t mengajar kita agar memohon perlindungan dengan Allah s.w.t daripada serangan was-was yang mengajak kita berfikir tentang kejadian Allah. Tindakan yang pertama sebaik saja kita mengalami gambaran  seumpama itu ialah kita mesti beristigfar mohon perlindungan. Kita boleh memilih untuk mengamalkan doa ini iaitu petikan dari Surah Al Hadid.

Doa was-was 2.
أَمَنتُ بِاللهِ وَرَسُلِهِ
Maksudnya "Aku beriman dengan Allah dan para Rasulnya"
(Al Azkar : Imama Nawawi Bab Bacaan Orang Was-was) 
(dalam 101 Adab Petua Kecemerlangan Pelajar capai kecemerlangan di Sisi Allah : MS 122-123

Sunday, February 27, 2011

"Merawat Pesakit Histeria"

Untuk merawat Histeria, bacaannya ialah;
1) Surah Al-Fatihah
2) Doa Hindar Syaitan.(Gambar Di Bawah)
3) Doa Menentang dan Merawat sihir
    *(Surah Yunus: 81&82, Al-A'raf: 118-122, Thahaa:69, An-Nisa':84, Yusuf:64)
   *Baca ayat diatas diikuti dengan Ayatul Kursi dan Al-Muawwizat (iaitu surah Al-Ikhlas, An-Naas, & Al-Falaq) 
4) Surah Al-Mukminun (Ayat 115-118)
5) Ayatul Kursi

Doa Hindar Syaitan
Surah Al-Mukminun: 115-118
 
Rujukan: Buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab", Edisi Kedua
Pengarang: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa'

Saturday, February 26, 2011

"Doa Pelembut Hati"


Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..

Baca Ayat di Bawah:

Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir

Baca ayat 1-5 Surah Taha

(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 

* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

"Doa Pendekat Jodoh"



sini ak nk kongsi la pada rakan-rakan tuk mne 2 yang susah nk dapat jodoh kn...insyaAllah, kite ikhtiar ape yang patut disamping berdoa pada yang ESA...

sumber: www.darussyifa.org

"Mencegah Penyakit Bawaan Makhluk Halus"


Al- quran menerangkan makhluk halus mampu memudarat kan manusia kerana mereka menganggap manusia adalah mush mereka. islam adalah satu agama yang syumul telah mengajar manusia pelbagai ilmu untuk mengatasi masalah ini. diantara surah yang mudah diamalkan dan juga dibaca iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan surah al-Nas.

Dari Aisyah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengajarnya supaya membaca ketiga-tiga surah tersebut sambil menadah tangan seperti berdoa. selepas habis bacaan itu, ditiupkan pada tapak tangan, kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh tubuh sebagai pemohonan perlindungan daripada Allah SWT ketika hendak tidur.

Surah al-Ikhlas memberi imej bahawa kita hendaklah membulatkan keimanan kepada Allah yang maha esa tanpa sebarang keraguan dan kepada Allah SWT sahajalah tempat meminta pertolongan.

Surah al-Falaq pula adalah untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT yang mengatur semua makhluk, supaya dihindari daripada semua kejahatan pada waktu kegelapan malam, kejahatan tukang sihir yang meniup dengan nafasnya ataupun daripada orang yang berhasad dengki.

Sementara surah al-Nas pula adalah untuk memohon perlindungan daripada bisikan dan kejahatan syaitan yang sentiasa mengajak manusia melakukan pekara mungkar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...