Saturday, December 3, 2011

"Aku Tidak Meminta Yang Sempurna"




Ya Allah…

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
 
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
 
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar  segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…

wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

sumber: akuislam.com

"Waktu Kita Untuk Apa"


Assalamualaikum,

Kita diberi masa 24 jam sehari, bagaimanakah kita membahagikan masa kita. adakah kita hanya penuhi masa-masa kita dengan dunia ataupun akhirat sahaja. sesetengah orang berpendapat kita membahagikan masa kita kepada tiga bahagian iaitu 8 jam untuk mencari rezeki, 8 jam untuk akhirat, dan 8 jam untuk sampingan (tidur, beriadah etc.).

Kita pada hari ini terlalu banyak menghabiskan masa kita dengan urusan dunia semata tanpa menghiraukan bekalan itu hari yang kekal abadi. kita terlalu mengejar kekayaan, tetapi kita lupa yang memberi kekayaan itu siapa.

Kita sepatutnya merasa malu dan cemburu pada insan yang baik, iman mereka tidak terkacau walaupun keseorangan. adakah kita ini munafik? melakukan amalan yang banyak ketika orang ramai dan berkurang apabila keseorangan.

Disini saya ingin membawa satu kisah seorang sahabat bernama Hanzalah yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saidina Abu Bakar terkejut.“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.Hati mereka gementar.Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum dan lantas baginda bersabda,
 
“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim

Friday, December 2, 2011

"Lae Kaana Bainana"




law kana bainanal habeeb
la danalqassi wal qareeb
men taibateen qablal mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

Thursday, December 1, 2011

"Malaikat Bersama Kalian"


Assalamualaikum,
Disini saya ingin berkongsi satu cerita tentang perilaku hamba Allah s.w.t di muka bumi. Apakah faedah daripada perilaku tersebut.

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah S.W.T. telah menugaskan para malaikatNya untuk mencari majlis zikir di bumi. Bila menjumpainya mereka akan duduk bersama dengan mereka yang berzikir serta memanggil pula malaikat-malaikat yang lain dengan menghamparkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara langit dan bumi. 

Selesai majlis itu, para malaikat pun naik ke langit lalu ditanya oleh Allah, "Dari manakah kamu semua?" Jawab malaikat, "Kami baru balik dari memeriksa hambaMu di bumi, mereka telah bertasbih, bertahlil dan bertahmid kepadaMu.

Mereka juga memohon memperolehi tempat di syurgaMu kelak, "Firman Allah, "Pernahkah mereka ini melihat akan syurgaKu! Mereka memohon syurga padahal mereka tidak pernah melihatnya dan apatah lagi jika mereka melihatnya." Tambah malaikat, "HambaMu juga memohon agar dibebaskan dari nereka jahanam. "Firman Allah, "Pernahkah mereka melihat akan NerakaKu! Mereka memohon agar dijauhi dari neraka jahanam padahal mereka belum melihatnya, bagaimana perasaan mereka jika telah melihatnya." Berkata malaikat lagi, "Hambamu di bumi juga telah memohon keampunan dariMu."

Allah lalu berfirman, "Dengarlah wahai para malaikatKu! Aku akan mengampuni mereka dan memperkenankan terhadap apa yg mereka minta dan membebaskan mereka dari api neraka yang amat mereka takuti itu." Tambah malaikat, "Ya Allah! Di dalam majlis itu terdapat seorang hambaMu yang penuh dengan amalan dosa, ia hanya melalui majlis itu lalu singgah dan duduk bersama mereka yang berzikir." Jawab Allah, "Orang itu pun turut Aku ampuni, begitulah kepada setiap orang yg terlibat dalam majlis zikir tidak ada yang sia-sia."

Marilah sama-sama kita berkunjung ke majlis-majlis ilmu ataupun majlis zikir. semoga kita diampuni segala dosa dan menjadi hamba Allah yang soleh.. insyaAllah.
Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...