Saturday, July 14, 2012

"Syakkkkk!"



Assalammualaikum teman-teman pembaca sekalian, sudah sekian lama menyepi kini telah hampir ramadhan. Sudahkah kita bersedia dengan ILMU-ILMU untuk menghadapi ramadhan.. InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang syak, definisi syak, kepada siapa kita syak dan punca-punca syak.

Syak didefinisikan  :
  1. rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dan sebagainya
    menaruh syak tidak mempercayai, mencurigai
    tidak syak lagi yakin benar, tentu
  2. syak hati kurang percaya, curiga
    syak sangka syak syak wasangka rasa tidak percaya, sangsi
    syak walang susah hati, khuatir
  3. syak fasik, yakin soleh, batu jadi juadah peribahasa jangan banyak sangka, bekerja dengan yakin kerana dengan keyakinan sahaja maksud akan tercapai
  4. mengesyaki menaruh syak pada, berasa sangsi pada, mencurigai
  5. menyangka, menduga

Syak secara ringkasnya was-was, ragu-ragu, atau "not confident". setipa manusia pasti merasakan perasaan ini bahkan sampai satu ketika ketika jika tidak dirawat pasti menjadi satu penyakit membahaya. sejauh mana ia membahayakan kita, sebagai contoh dalam solat, kadang-kadang sesudah takbir kita mula memikirkan niat kita adakah betul atau ketika memberi tahyatul akhir kita mula merasakan solat kita tidak cukup rakaat.

Tanpa kita perasan kita selalu syak kepada ALLAH, RASULULLAH dan KEBENARAN.

Syak kepada ALLAH:

1.  Mensyirikkan Allah SWT.
2.  Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
3.  Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.
4.  Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.
5.  Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

Syak kepada RAULULLAH:

1. Menolak ajaran atau agama yang dibawa oleh Rasulullah
2. Menghina Al-quran dengan dengan menolak hukum-hukum daripadanya
3. Mengzahirkan islam walahal tidak  mengamalkan ajaran islam (Munafik)

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah:10)

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar (Al-Baqarah:23)

Syak kepada KEBENARAN:

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.  
Al-Hajj , 5 


Punca-punca SYAK:

1. Jahil agama
2. Tewas kepada hawa nafsu
3. Bisikan syaitan

"Dari  kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan syaitan) AnNas ayat 4-6


 

Wednesday, July 4, 2012

"Buta Mata"


video


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

Tuesday, April 17, 2012

"Perhitungan Ajal dan Amalan"


semalam mungkin tidak seberapa baik hari ini, tetapi adakah hari ini dan hari seterusnya akan bertambah baik.

Jika kita diberi masa hidup selama 63 tahun, berapa banyak amalan kita untuk bertemu Allah, agak-agak 63 tahun itu kita guna kan sepenuhnya untuk Allah??

Orang kata, kita diberi 24 jam, 1/3 kita gunakan untuk tidur, bermakna 1/3 dari 63 tahun = 21 tahun kita telah membazir untuk tidur.

Orang juga kata 1/3 kita gunakan untuk bekerja, bermakna 1/3 dari 63 tahun = 21 tahun kita mengejar dunia.

Bila dikira balik, kita berbaki lagi 21 tahun, adakah selama 21 tahun itu kita beribadat??
katakanlah kita baligh dan beramal selepas umur 15 tahun.
21-15=6

6 tahun sahaja kita gunakan untuk beribadat, itu pun tidak campur masa-masa lagho kita..layak ker kita mintak syurga Allah???

“Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya, dia akan memasukinya kerana rahmat Allah.” Para sahabat bertanya: Dan termasuk Engkau juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ”Ya, termasuk aku kecuali Allah telah menyelimutiku dengan rahmat-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 
Marilah kawan-kawan, kita menghisab diri kita dan memohon rahmat Allah. semoga kita berada bersama orang-orang terpilih...insyaAllah

Sunday, April 1, 2012

"3 Perkara Mesti Anda Tahu"


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian.
2- Isteri yang soleh.
3- Ketenangan semasa solat.

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah.

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Memukul musuh dengan pedangku (semasa perang).

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Membawa doa orang yang teraniaya

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”
1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

Marilah kita sama-sama mengejar apa yang disukai Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w, malaikat dan para sabahat...moga-moga kita mendapat rahmat dari Allah dan syafaat dari Rasulullah..insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...