Saturday, July 30, 2011

" Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus"



(Ihdina s-sirâta l-mustaqîm)
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Al-Fatihah:6

Pasti ramai yang biasa membaca “sirâta l-mustaqîm” pada Surah Al-Fatihah. Perkataan “sirâta l-mustaqîm” itu sendiri sudah memberikan persamaan sebutan dengan  Titian Siratal Mustaqim di Hari Akhirat, iaitu titian sehalus rambut dibelah tujuh dan lebih tajam dari mata pedang. Ianya jambatan atau titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri.

Sebagai umat islam yang menunaikan solat cukup sehari semalam, kita sering berdoa didalam solat kita paling-paling kurang 17 kali 1 hari. cuba kita renung sejenak, dengan doa kita ini, sejauh mana kita menghayati dan memenuhi doa-doa kita. kita sering berdoa meminta diberikan jalan yang lurus tetapi kita lakukan hari-hari kita dengan memilih jalan-jalan berliku. apa yang dikatakan jalan yang berliku itu? 

Cuba kita lihat pada hari ini, kita dibelenggu dengan masalah ulama hipokrit, riba, pengaruh media massa, sekularisma, makanan beracun dan pelbagai cabaran yang tidak mampu dihadapi manusia. siapakah yang memanipulasi benda-benda ini dan siapakah yang menyokong perbuatan ini. mungkin kita juga terlibat secra langsung atau tidak langsung.

Dengan berlakunya perkara-perkara sebegini, mampukah kita menghadapi cabaran di titian sirat nnati dan Siapakah yang mampu menitinya?

“…Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api…” (HR Tirmizi)

Secara logik akal, pasti tiada siapa yang berupaya meniti laluan seumpama ini. Tetapi bagi orang yang “beriman” dan “beramal soleh“, serta mereka yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis, Allah swt akan membawa mereka ke jalan yang lurus dan mereka akan terselamat:

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (sirâta l-mustaqîm) yang membawa kepadaNya; (4:175)

Hanya rahmat Allah swt yang dapat menyelamatkan manusia untuk meniti jalan sirâta l-mustaqîm dan membawa dirinya kepada Allah swt.

Namun itu, apakah hakikat sebenarnya? Adakah ramai yang terselamat? Hakikatnya, amatlah sedikit yang terselamat kerana banyak yang tidak mahu beriman dan beramal soleh serta berpegang teguh kepada Al-Quran.

Oleh itu, marilah kita selitkan sedikit dalam doa kita dengan doa ini:

YA ALLAH, jadikanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang sedikit iaitu orang-orang yang banyak bertaubat, orang-orang yang mendekat diri dengan-MU , dan orang-orang yang soleh. 

Amin3x, Ya Rabbal a'lamin.

Friday, July 29, 2011

"Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir Bagiku. "



" MARHABAN YAA RAMADHAN "
ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya ku sibuk berzikir
tentu ku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatku ku kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...
bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil...

menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan ku sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal ku syairkan
andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamku engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi.....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
 andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
 
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

Thursday, July 28, 2011

" Doa Apabila Berhadapan Orang Kafir/Zalim"


Doa ini dimohon oleh Nabi Ibrahim a.s bagi memohon perlindungan Allah SWT ketika memerangi musuhnya kaum kafir. Juga boleh diamalkan bagi mohon dilindungi Allah daripada segala fitnah.


Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! (4)
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (5)

Surah Al-Mumtahanah

Friday, July 22, 2011

"Sedarkah Anda Telah Menjana satu Benda Yang Sia-Sia"


Assalamualaikum..

Saya menulis n3 ni bukan sedakar menasihati orang lain malah terhadap diri ini juga yang serba serbi kekurangan. kita semakin menghampiri ramadhan, sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk mengaut keuntungan yang Maha pemurah berikan kepada umatNya. segala kelebihan di dalam bulan ramadhan harus di kejar untuk menuetralkan kembali kesilapan-kesilapan lalu. tetapi niat itu seharusnya selaras dengan perbuatan kita, memang la kita inginkan pahala, jika di alas dengan keikhlasan itu lebih bagus.

Zaman sekarang kita lupa akan segala program-program social kita seperti FB, cuba kita lihat pelbagai gambar dan pelbagai posisi gambar yang kadang mengairahkan terutama para-para gadis. saya selalu mendengar alasan sebegini apabila di tegur " eh seksi ker, xprasan pu", "alah aku pakai seksi pun ko tengok gak". mana sifat malu mereka, kenapa mesti ada jawapan sebegitu rupa. 

Berbalik pada tajuk kat atas kenapa saya mengatakan  anda telah menjana satu benda yang sia-sia. ini adalah saham yang anda perasan, tidak perasan atau pun buat-buat tak perasan. gambar kita di FB boleh menjana saham yang berlipat-lipat ganda. cuba bayangkan 1 gambar bernilai RM 10 dan kali dengan berapa orang view gambar itu. 1 hari kata kan 100 orang view kali dengan 10 dah RM 1000 kan...ok cuba anda gantikan RM 10 itu dengan dosa iaitu 10 dosa kali dengan 100 orang view..banyakan pulangan???

oleh itu,

mari kita renung-renungkan bersama

fikir-fikirkan bersama

jika satu hari nanti kita mati,

akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..

apa yang jadi pada akaun fb kita?

mungkin ada yang akan ucapkan takziah

mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita

gambar-gambar kita..

akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?

gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna

macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok

dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?

pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini

kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..

semua itu tidak akan membawa erti

semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah

mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

Thursday, July 21, 2011

"Rahsia Bulan Kelahiran"


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Wednesday, July 20, 2011

"Ribena Mengandungi Unsur Arak???"


25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..




Oleh : PieLan

Wednesday, July 13, 2011

"Kaffarat Mellanggar Sumpah"


 
 
لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (٨٩)
 
 
Terjemahan:
 
(89)         Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).
 
(Al-Maaidah 5:89)
 
Sebab Turun Ayat:
 
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika turun ayat 87 Surah Al-Maidah (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas), lalu kaum yang dulunya telah mengharamkan ke atas diri mereka menggauli isteri-isteri mereka dan mengharamkan ke atas diri mereka dari makan daging, mereka bertanya: Ya Rasulallah, apakah yang kami patut lakukan terhadap sumpah-sumpah yang telah kami ucapkan itu? Maka turunlah ayat di atas (Al-Maaidah 5:89).
 
Tafsiran Ayat:
 
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah)
 
Maksudnya: Allah tidak akan menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu ucapkan sedangkan kamu tidak bermaksud bersumpah, seperti kata seseorang yang tidak bermaksud sumpah: Tidak, demi Allah; Memang betul, demi Allah. Kata-kata sumpah yang tidak bermaksud sumpah seperti ini tidak ada hukumannya, iaitu di dunia tidak perlu dikaffarat, dan di akhirat tidak akan disiksa oleh Allah.
 
tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja
 
Maksudnya: Tetapi Allah akan menghukum kamu jika sumpah yang kamu ucapkan itu benar-benar dengan maksud sumpah dan kamu bertekad akan melaksanakannya lalu kamu langgar ketetapan sumpah itu,

 
Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak
 
Maksudnya: Jika sumpah tersebut dilanggar atau bercadang untuk melanggarnya maka orang yang bersumpah itu mestilah membayar kaffarat sebagaimana berikut:
 
  1. Memberi makan sepuluh orang miskin. Ukuran makanan tersebut ialah seperti makanan yang biasa kita berikan kepada keluarga kita. Tidak memadai jika lebih rendah mutunya atau kadarnya dan jangan pula berlebih-lebihan seperti jamuan Hari Raya. Menurut Imam Abu Hanifah: Juga boleh kalau memberi makan untuk seorang miskin selama 10 hari.
 
  1. Memberi pakaian sepuluh orang miskin. Keadaan pakaian berbeda-beda menurut negeri masing-masing. Oleh itu, kebiasaan (‘urf) dalam masyarakat bolehlah dijadikan sebagai ukuran umpamanya: Seluar dengan kemeja, sarung dengan baju kurung dan sebagainya.
 
  1. Memerdekakan seorang hamba sahaya. Para Fuqahaa berbeda pendapat tentang hamba (budak). Imam Malik, Syafi’I dan Ahmad mensyaratkan budak tersebut mestilah beriman. Sedangkan Abu Hanifah berkata: Memadai walaupun budak itu kafir.
 
Catetan: Ketiga-tiga jenis kaffarat di atas tidak diwajibkan tertib tetapi kita bebas memilih salah satu daripadanya. Tetapi yang afdhal ialah jika dimulai dari bawah, iaitu memerdekakan seorang hamba atau memberi pakaian sepuluh orang miskin atau memberi mereka makan. (Lihat hadis di bawah)
 
Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari
 
Maksudnya: Barangsiapa tidak sanggup melakukan salah satu daripada tiga jenis kaffarat di atas maka diwajibkan ke atasnya berpuasa selama tiga hari berturut-turut.
 
Ibnu Mardawiyah meriwayatkan dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika ayat kaffarat di atas diturunkan, Huzaifah bertanya: Ya Rasulallah, kami diperbolehkan memilih? Jawab Rasul (sallallahu alaihi wasalam):
 
“Kamu boleh memilih, jika kamu merdekakan seorang hamba, jika kamu mahu berikan pakaian, jika kamu mahu berikan makanan. Dan bagi yang tidak memperolehinya maka wajib ke atasnya puasa selama tiga hari berturut-turut”.
 
Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu
 
Maksudnya: Demikianlah kaffarat sumpahmu jika kamu bersumpah dengan nama Allah atau dengan sdalah satu daripada Nama-namaNya lalu kamu langgar atau bercadang hendak melanggarnya. Dan peliharalah sumpahmu, janganlah dia digunakan dalam perkara yang remeh-remeh dan janganlah banyak bersumpah, lebih-lebih lagi jika sumpah tersebut mengandungi unsur-unsur dusta. Jika kamu telah bersumpah, jangan kamu lupakan sumpahmu itu. Dan jangan kamu langgar sumpah itu kecuali karena darurat ataupun jika ada kemaslahatan yang nyata di balik pelanggaran itu.
 
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya)
 
Maksudnya: Demikianlah Allah menerangkan hukum-hakam agamaNya dan selok-belok syareatNya supaya kamu dapat mensyukuri ni’mat-ni’matNya dengan cara yang disukai dan diredhaiNya. Dan selanjutnya berhak mendapat tambahan kurnia dan ihsan daripadaNya.
 
Sumpah Dan Persolannya:
 
Sumpah dan kaffarat melanggarnya merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam yang wajar diketahui oleh setiap penganutnya supaya mereka boleh beragama dengan lebih sempurna. Di antara persoalan yang patut kita ketahui antaranya ialah:
 
1.   Dilarang bersumpah dengan selain Nama-Nama Allah atau Sifat-SifatNya. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Barangsiapa yang bersumpah, janganlah ia bersumpah kecuali dengan (Nama atau Sifat) Allah”.
[HR Bukhari dan Muslim]
 
Termasuk juga dalam larangan ini bersumpah dengan Nabi, Ka’bah, Wali, Nenek moyang dan lain-lain lagi.
 
 
2.  Diperbolehkan kita melanggar sumpah jika difikirkan lebih membawa kebaikan tetapi wajib membayar kaffarat sumpah. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
 
“Jika kamu bersumpah, lalu kamu berpendapat selainnya adalah lebih baik, maka ikutilah mana yang lebih baik dan tunaikan kaffarat (melanggar) sumpah itu”.
[HR Bukhari dan Muslim]
 
Dan dalam lafaz hadis yang lain pula:
 
“…maka tunaikan kaffarat melanggar sumpah, kemudia ikutilah mana yang lebih baik itu”.
[HR Abu Daud dan An-Nasaai]
 
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas kita diperbolehkan menunaikan kaffarat samada sebelum melanggar sumpah ataupun sesudah melanggarnya.
 
 
3.  Jika ditinjau dari sudut “apa yang disumpahkan” maka sumpah terbagi kepada beberapa bagian:
 
Pertama:      Bersumpah ke atas perbuatan yang wajib dilakukan atau haram meninggalkannya. Sumpah jenis ini lebih menguatkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka sumpah jenis ini haram dilanggar, malahan jika dilanggar maka haramnya akan berganda seperti bersumpah tidak akan meninggalkan solat atau tidak akan berzina.
 
Kedua:             Bersumpah meninggalkan yang wajib atau melakukan yang haram. Sumpah ini wajib dilanggar karena sumpah jenis ini adalah haram. Umapamanya bersumpah akan memutuskan silaturrahim dlsb.
 
Ketiga:           Bersumpah akan melakukan perkara sunat (mubah) atau akan meninggalkan perkara makruh. Ini adalah sumpah taat. Sunat hukumnya ditunaikan dan makruh jika dilanggar. Umpamanya: Setelah bersumpah tidak akan makan makanan tertentu lalu sumpahnya dilanggar karena menghormati tetamu.
 
 
4.   Sumpah ada tiga jenis: Sumpah Laghaa, Sumpah Mun’aqad, Sumpah Ghamuus.
 
Sumpah Laghaa:           Bersumpah tetapi tidak dengan maksud sumpah. Seperti kata seseorang: Demi Allah, kamu mesti hadir. Sumpah jenis ini tidak dihukumkan sumpah.
 
Sumpah Mun’aqad: Sumpah dengan sengaja dan memang bertekad kuat akan melaksanakannya. Sumpah jenis ini jika dilanggar wajib membayar kaffarat seperti kehendak ayat di atas.
 
Sumpah Ghamuus:       Dinamakan juga dengan Shaabirah, iaitu “Sumpah Dusta”. Sumpah ini bertujuan hanya untuk menipu dan khianat. Sumpah jenis ini termasuk dosa besar. Ghamuus maknanya: melemaskan atau membenamkan, karena pelakunya akan dibenamkan ke dalam api neraka. Wal-iyadzu Billah.
 
 
Firman Allah:
 
“Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki (mu) sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar.
 
(An-Nahl 16:94)
 
 
Rujukan:
 
1.      Fiqhus Sunnah Jld III – Said Sabiq
2.      Tafsir Al-Maraghi – Imam Al-Maraghy
3.      Zaadul Masiir Fii ‘Ilmit Tafsir Jld. II – Ibnu Al-Jauzy
 
p/s: tulisan dipetik dari: www.al-nidaa.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...