Friday, June 24, 2011

"Wanita disisi Lelaki"


Assalamualaikum, 

Posting kali ni just nak cerita san kongsi-kongsi je mana yang patut. actually nak update blog ni kena banyak pikir. so what the best topic for topic for today is wanita disisi lelaki. how important they are and what should guys do to them.

Wanita merupakan ciptaan Allah yang mempunyai banyak kelebihan, dari hujung rambut samapi ke hujung kaki. oleh itu, wanita disarankan oleh Allah untuk menutup aurat-aurat mereka. perintah Allah bukan mainan, mesti ada kebaikan disenbalik perintahNYA. cuba kita lihat hari ini, belaku pelbagai gejala sosial seperti buang bayi, rogol dan zina. malahan lebih teruk kes bunuh. kenapa ini belaku? bukan niat aku untuk menuding jari terhadap wanita, tetapi peranan mereka amat penting dalam sebuah intitusi kehidupan. mereka ini bisa membuat dunia ini rosak binasa dan sebaliknya. 

Dalam kes ini lelaki juga harus dipertanggungjawabkan, kemana mereka disaat sang wanita memerlukan. lelaki merupakan pemimpin di atas muka bumi ini, telah dipertanggungjawabkan atas lelaki untuk membela wanita. wanita dicipta dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki dan luruskanlah mereka dengan berhemah dan bijaksana.

Cuba kita bayangkan, sebatang kayu yang bengkok dipacak di tengah padang lapang, adakah bayang-bayang yang kita lihat lurus? Oleh itu, luruskanlah mereka dengan cara petenjuk Allah dan didiklah mereka dengan panduan dariNYA.

"Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar"
"jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin derita"

Kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal,di situlah kuncinya.Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan generasi yang beramal soleh. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak,mereka bukan saja tidak lurus,malah membengkokkan.
 
 

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalant,idak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"


Wallahuálam.....

Thursday, June 23, 2011

"Wanita Sebagai Sumber Sakinah "

 
Dikisahkan pada suatu hari seorang sahabat mendatangi Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, aku memiliki seorang isteri yang selalu menyambutku ketika aku datang dan mengantarku saat aku keluar rumah. Jika ia melihatku termenung ia selalu menyapaku dan mengatakan: Ada apa denganmu? Apa yang kau risaukan? Jika rezekimu yang kau risaukan, ketahuilah bahwa rezekimu ada di tangan Allah. Tapi jika yang kau risaukan adalah urusan akhirat, semoga Allah menambah rasa risaumu.”

Setelah mendengar cerita sahabatnya Rasulullah saw bersabda:
“Sampaikan khabar gembira kepadanya tentang syurga yang sedang menunggunya! Dan katakan padanya, bahwa ia termasuk salah satu pekerja Allah. Allah swt menuliskan baginya setiap hari pahala tujuh puluh syuhada’.” (Makarim Al-Akhlaq: 200).

Sakinah merupakan kehidupan manusia yang diliputi suasana perasaan yang sejuk dan damai. Isteri ibarat tempat suami bernaung, beristirahat dan mencari hiburan. Setelah terasa letih dan penat dari perjuangannya seharian demi kepentingan keluarga dan umat, suami berlabuh kepada isterinya. Sang isteri menerimanya dengan penuh rasa suka, wajah ceria dan senyum. Ketika itulah, sang suami mendapatkan darinya telinga yang mendengar dengan baik, hati yang belas kasih dan tutur kata yang lembut.

Rasulullah saw. bersabda, “Dunia itu adalah kesenangan dan sebaik-baik kesenangannya adalah wanita solehah.”

Dengan demikian, profile wanita solehah ditegaskan melalui tujuan ia diciptakan, iaitu menjadi ketenteraman bagi laki-laki dengan semua makna yang melingkupi “Ketenteraman (sakinah) itu. Ketenteraman dapat terwujud jika wanita memiliki beberapa kriteria berdasarkan sabda Rasulullah saw.: 
 Jika dilihat suami selalu menyenangkan, jika diperintah suaminya dia taat, jika suaminya sedang pergi, ia mampu menjaga harta dan kehormatannya, tidak akan pernah memasukkan ke dalam rumahnya lelaki yang bukan mahramnya.

Isteri solehah harus berusaha menjaga penampilannya agar selalu kelihatan segar dan menarik dihadapan suaminya, termasuk roman mukanya, tutur katanya, menunjukkan sikap penuh kehangatan, perhatian dan siap mentaati dan melayani suami dalam kebaikan.

Isteri solehah memenuhi tugas utamanya sebagai pemelihara rumah (robbatul bait) dan ibu bagi anak-anak suaminya. Setiap hari dia harus memelihara kebersihan, kerapihan dan kenyamanan rumahnya, agar suami dan anak-anaknya betah di rumah. Dia pun menjadi pendidik pertama dan utama dari anak-anaknya.

Isteri solehah harus selalu menjaga kehormatan dirinya di depan lelaki asing, yang bukan mahramnya. Dia selalu menutup auratnya, menundukkan pandangannya, tidak berkhalwat, dan hanya berinteraksi selama ada keperluan yang dibolehkan.

Tugas lelaki Menjaga Sumber Sakinah

Para suami diingatkan oleh cucu Rasulullah saw., yakni Imam Ali Zainal Abidin r.a. yang berkata:

“Adapun hak isteri, ketahuilah sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjadikan untukmu dia sebagai sumber sakinah dan kasih sayang. Maka, hendaknya kau sadari hal itu sebagai nikmat dari Allah yang harus kau muliakan dan bersikap lembut padanya, walaupun hakmu atas lebih wajib baginya. Karena ia adalah keluargamu. Engkau wajib menyayanginya, memberi makan, memberi pakaian, dan memaafkan kesalahannya.”

Dalam menjaga sumber sakinah, suami perlu sabar akan kekurangan istrinya. Rasulullah saw. bersabda: 
Barangsiapa yang bersabar atas perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya pahala seperti yang Dia berikan kepada Nabi Ayyub (a.s) yang tabah dan sabar menghadapi ujian-ujian Allah yang berat. (Makarim Al-Akhlaq:213)

Umar bin Khatthab r.a. mengingatkan kepada para suami agar memberikan apresiasi kepada isterinya. Umar r.a. berkata:
“Isteriku, benteng bagiku dari api neraka.Isteriku, orang yang paling setia mendampingiku di saat senang dan susah. Isteriku yang membantu, menjaga, memelihara rumah dan hartaku. Isteriku adalah ibu dari anak-anakku. Saya tahu betul, betapa berat tugas ibu, mengandung, melahirkan, menyusukan, dan menjaga anak-anak. Selain itu, isteriku tanpa mengenal lelah, setiap hari mencuci pakaianku, dan memasakkan makanan untukku, dan anak-anakku. Karena itu, aku selalu memaafkannya. Mungkin banyak hak-haknya yang belum sempat aku penuhi.”

Allah SWT mengajarkan kepada kita untuk senantiasa berdoa:
“….Wahai Robb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” ( QS. Al-Furqon [25]: 74 ).



 
Mudah-mudahan dengan kesungguhan dalam menjaga istri sebagai sumber sakinah, maka para suami akan mendapatkan sakinah, mawaddah, war rahmah itu terus-menerus sebagai nikmat dari Allah SWT. Amin!.

Saturday, June 18, 2011

"Kesan Zikir Kepada Otak"


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Rujukan: Halaqah.Net

Friday, June 17, 2011

"Permulaan 1 Perjalanan Baru"


Alhamdulillah, kali ini mengisi kembali kata-kata dalam blog ini. tidak ada kata yang terucap dari mulut ini melainkan memuji akan kebesaran Allah yang maha ESA yang telah melimpahi rahmat kepada umatnya yang tak terhingga.

Tamat sudah perjalanan hidup ini sebagai seorang pelajar di institusi awam UiTM. 17 jun 2011 merupakan hari penantian setiap student batch akhir bagi menamatkan pelajaran mereka sebagai seorang graduasi dari UiTM. menanti dengan sabar sama ada berakhir dengan cemerlang atau sebaliknya. alhamdulillah, berusaha untuk sem akhir membuahkan hasil, gembira mendengar kawan-kawan mendapat keputusan yang cemerlang, ramai yang "4 flat" dan "dekan".

Kalau semua orang boleh baca blog ni, biarlah mereka tahu yang diri ini sangat-sangat berterimakasih pada semua yang hadir dalam perjalan hidup ini. sepanjang kita bersama, anda semua telah banyak memberi sokongan, bantuan, dan nasihat agar diri ini terus berjuang. semoga Allah membalas jasa2 anda kalian.

Terasa ingin kembali ke UiTm dungun, ingin ku ucapkan terima kasih pada lecturers yang telah bertungkus lumus memberi ilmu pada diri ini yang masuk dalam bidang ELECTRICAL ENGINEERING ini dengan result SPM yang seberapa berbanding kawan-kawan yang lain. namun diri ini bersyukur, kini aku mampu bersaing dengan kawan-kawan lain,  "Alhamdulillah".

To all my love, thank!!!!!

kita bertemu dimedan perjuangan yang berbeza pula, semoga persahabatan aku dan anda sekalian kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah. semoga menjadi Engineer yang berjaya kelak.

For UiTM, thank to my institusi pengajian, teruskan memartabatkan bangsa sendiri, jangan pernah lelah memperjuang hak bangsa, kami sebagai student UiTM sungguh bangga menjadi graduasi dari UiTM. nama baikmu akan kami pelihara diluar sana nanti, insyaAllah.

Friday, June 10, 2011

" Urusan Manusia"


Abu Hurairah r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa melepaskan sesuatu bala' (kesusahan) di antara bala-bala dunia daripada seseorang mukmin, maka Allah akan melepaskan (naffasallah) daripadanya akan suatu bala daripada bala-bala (kurbatan min kurab) pada hari qiamat ; - 

dan barangsiapa mempermudahkan urusan orang yang menghadapi kepayahan (yassara 'ala mu'sirin) maka Allah akan mempermudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat ; 
-dan barangsiapa menutupkan rahsia seorang Islam (satara musliman) maka Allah akan menutup rahsianya (satarallah) di dunia dan di akhirat, dan seterusnya Allah akan menolongi sesorang hamba Allah selama hamba Allah itu menolong saudaranya (wallahu fi 'aunil 'abd ma kaanal 'abdu fi 'auni akhiihi) ; 

-dan siapa yang menjalani suatu jalan yang yang boleh mendapatkan suatu ilmu (thoriiqan yaltamisu fiihi 'ilman) , maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan yang akan menyampaikannya ke syurga (thoriiqan ilal jannah) ; 

-dan tiadalah berkumpul suatu golongan di rumah Allah (tempat ibadat, sekolah, tempat pengajian lain), dan mereka bertadarrus (semak menyemak, faham memahamkan) melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan nikmat (kemanisan dan kesucian iman) dan dinaungi para malaikat (yang membawa keberkatan ke langit dunia), dan mereka disebutkan Allah (dipujikan) kepada siapa-siapa yang ada di sisiNya (malaikat dan anbiya') ; 

-dan siapa yang dilambat (batho a bihi) - dikurangkan, ditinggalkan amalannya ('amaluhu), tidaklah mungkin akan disegerakan padanya (lam yusri' bihi) kemulian keturunannya (nasabuhu) [Riwayat Muslim] 

PEMBAHASAN HADIS : 

1. Salah satu sifat semulajadi manusia ialah ingin tahu (suka sangat bertanya) dan diikuti dengan belajar
2. Orang-orang Islam digalakkan melepaskan, atau lebih mulia, mengelakkan orang Islam yang lain dari ditimpa kesusahan. Bantulah untuk mempermudahkan urusan mereka
3. Allah akan membalas setiap satu yang kita buat, kebaikan dengan kebaikan dan sebaliknya. Insyaallah
4. Rahsia peribadi seseorang, pelajar, guru, pensyarah, rakan, ibu bapa wajar disembunyikan melainkan ia lebih banyak akan membantu beliau apabila didedahkan (Feqhul Awlawiyat)
5. Muslim digalakkan belajar ilmu agama secara berterusan, jangan terlalu lama tertangguh, dan jangan pula terhenti.
6. Belajar digalakkan secara berkumpulan bagi memudahkan tegur menegur dan faham-memahamkan antara satu sama lain
7. Orang yang sedikit belajar dan sedikit beramal, atau sedikit belajar tetapi banyak beramal, keduanya memerlukan pembaikan dalam diri masing-masing.
8. Tanpa ilmu, ketokohan ibu bapa dan keturunan, pangkat, mahupun kuasa dan harta bukan modal mendabik dada.

Wallahua'lam.

Do'a Mohon diberi Kemudahan

Artinya: "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10).

Penjelasan:
Doa diatas baik sekali dibaca oleh para pejuang muda yang menegakkan agama Allah agar mendapatkan keberhasilan dan kesuksesan. Karena doa tersebut adalah doa yang dibaca pemuda Ashhabu al-Kahfi, yakni sekelompok pemuda yang beriman kepada Allah Swt. hingga mendapatkan petunjuk yang sempurna dari sisi-Nya. Doa ini dibaca oleh mereka ketika akan masuk gua sebagai persembunyiannya untuk menyelamatkan agama yang hak, agama yang mereka pegangi dari fitnah-fitnah dan orang-orang zhalim. Dan Allah Swt. mengabulkan doa mereka Kisah Ashhabu al-Kahfi dapat dibaca dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 9-26.

Monday, June 6, 2011

"SL1M"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada 1 Jun 2011 yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun.

Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.

Selain didedahkan dengan kemahiran seperti 'soft skills', siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan.

SL1M dilaksanakan berdasarkan kejayaan program latihan singkat oleh Bank Negara kepada siswazah dari keluarga miskin dan ia terbukti berjaya meningkatkan keyakinan diri peserta.

Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, semua graduan Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon SL1M.

Antara syarikat yang menyertai program tersebut ialah Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Apa lagi jom kita rembat ramai2...!!!

"Xde keje, Buat Pe...?"


salam 1 malaysia..!!!

support kerajaan skit..haha..ehm..dh apply byak keje dhm bg on hand pun dh byk..tp response 1 habuk pun tarak..dh 1 mggu duk kat shah alam bgun tdo n mkn jer prabis duit...xleh jd gitu..kne wat sesuatu.. duit makin lama makin kurang, fulus masuk xde nsib baik la dapt ngejas ckit..bak kale Sam dlm cite kongsi "ngejas skek boh"...haha..xde rezeki nk keje, gi wat traing pun ok la, janji duit masuk..

dalam duk cbuk2 print resume, edit resume..tiba2 mmber kabo."weh apply ar huawei jobcamp" "ikut email""mne tahu dapat"

aku pun dgan x yakin nyer kabo ar "bleh ker dah ari 2 sombong sgt gi reject org call""HAHAHA!" weh segan pun ada..tp tbal kn muka, kwan nye psal dh pkse sgt..ak pun apply la..ak ad mse 2 ari je nk dpt cnfirmation dr huawei n nk buat surat tamat belajar sebelum hari minggu.

tggu penyer tggu xde ape2 response..ehm..frustated btul..tu la pi reject lg..pdan muka..ptg jumaat nk kuar pi "merendek"...hehe..ye ker..kuar pi mkn ar..mkn awl xde la bncit perut..tb2 msuk la email dr deramcatcher, bg tau ak dpt gi training..ape lagi stuju je la..pada duk saje baik pi training, duit pun dpt..





ape la ak wat kat dreamcatcher ni..bnde ni merupakan bdan penganjur jer, just handle schedule for training but the instructor from huawei company. ada la tajuk2 yg kne blaja..5 topic in 5 week..ok la..
arini ari pertama gi training, excited 2 ad tp ble dh kne instructor bca slide xde break 2 yg otak ak break ckit2 2..heeee...mybe arini dan esok topic bosan ckit ar coz dh blaja byk dh psal soft skills ni..tp ok tuk diri sendiri kate kan "NO HAL" kale nk berjaya..

akhir kata, pada mmber2 yg dh keje..sek2 mu keje la molek2 deh..jgn ponteng2..ak follow sek2 mu dr blakang..kite jmpe di medan perang kedua sbgai engineer yg bertauliah dan beriman serta amal soleh..insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...