Saturday, July 9, 2011

" Rumah Mengalami Gangguan"

Assalamualaikum,

Disini saya ingin berkongsi sedikit doa yang digunakan untuk menghindari gangguan di dalam rumah anda. tanda- tanda rumah anda mengalami gangguan seperti terdengar orang menumbuk, mengalih barang dan berjalan diatas atap rumah. ini kerana setiap rumah dihuni oleh jin, sekiranya rumah anda sunyi dengan kalimah-kalimah Allah seperti alunan ayat al-quran, jin ini akan menghuni sepenuhnya rumah anda..

doa di bawah ini ada perjanjian antara Nabi Allah Sulaiman dengan jin. doa ini boleh digunakan untuk menghalau jin didalam rumah anda. namu begitu kita hendak ikhlas dan yakin dengan pertolongan Allah swt. insyaAllah kita akan terpelihara dengan segala kejahatan jin dan syaitan..


Maksud Ayat:
"Dengan ini saya memperingatkan kamu wahai jin dengan perjanjian kamu (iaitu bani jin)
dengan raja kamu dahulu iaitu Nbi Sulaiman supaya kamu semua keluar
dan berpindah dari rumah kami (termasuk dari tubuh badan kami).

Saya juga memperingatkan kamu bahawa Allah memerintahkan kamu supaya keluar
dari rumah kami, dan jangan menyakiti seorang pun dari kalangan kami (manusia)
dan hendaklah kamu berpindah dari rumah kami".

p/s: sentiasa beramal dengan ilmu Allah, jangan jadikan bomoh tempat mengadu dan meminta pertolongan. sesungguhnya kamu telah mensyirikan Allah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...