Saturday, July 14, 2012

"Syakkkkk!"



Assalammualaikum teman-teman pembaca sekalian, sudah sekian lama menyepi kini telah hampir ramadhan. Sudahkah kita bersedia dengan ILMU-ILMU untuk menghadapi ramadhan.. InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang syak, definisi syak, kepada siapa kita syak dan punca-punca syak.

Syak didefinisikan  :
  1. rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dan sebagainya
    menaruh syak tidak mempercayai, mencurigai
    tidak syak lagi yakin benar, tentu
  2. syak hati kurang percaya, curiga
    syak sangka syak syak wasangka rasa tidak percaya, sangsi
    syak walang susah hati, khuatir
  3. syak fasik, yakin soleh, batu jadi juadah peribahasa jangan banyak sangka, bekerja dengan yakin kerana dengan keyakinan sahaja maksud akan tercapai
  4. mengesyaki menaruh syak pada, berasa sangsi pada, mencurigai
  5. menyangka, menduga

Syak secara ringkasnya was-was, ragu-ragu, atau "not confident". setipa manusia pasti merasakan perasaan ini bahkan sampai satu ketika ketika jika tidak dirawat pasti menjadi satu penyakit membahaya. sejauh mana ia membahayakan kita, sebagai contoh dalam solat, kadang-kadang sesudah takbir kita mula memikirkan niat kita adakah betul atau ketika memberi tahyatul akhir kita mula merasakan solat kita tidak cukup rakaat.

Tanpa kita perasan kita selalu syak kepada ALLAH, RASULULLAH dan KEBENARAN.

Syak kepada ALLAH:

1.  Mensyirikkan Allah SWT.
2.  Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
3.  Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.
4.  Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.
5.  Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

Syak kepada RAULULLAH:

1. Menolak ajaran atau agama yang dibawa oleh Rasulullah
2. Menghina Al-quran dengan dengan menolak hukum-hukum daripadanya
3. Mengzahirkan islam walahal tidak  mengamalkan ajaran islam (Munafik)

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah:10)

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar (Al-Baqarah:23)

Syak kepada KEBENARAN:

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.  
Al-Hajj , 5 


Punca-punca SYAK:

1. Jahil agama
2. Tewas kepada hawa nafsu
3. Bisikan syaitan

"Dari  kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan syaitan) AnNas ayat 4-6


 

Wednesday, July 4, 2012

"Buta Mata"


video


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...