Wednesday, November 30, 2011

"Batasan Dalam Gurau Senda"


Assalamualaikum,

Kali ini saya hendak berkongsi satu perkara yang kita ini selalu buat dan kadang-kadang lupa tentang dosa dan pahala. Orang kata, teman untuk ketawa selalu ada tapi teman menangis jarang sekali. kita selalu berkata dan bergurau, mengambil perhatian orang lain, berkata yang bukan-bukan malah lagi teruk sehingga memburukan orang lain.

Dulu orang mengaitkan perempuan dengan mulut murai ( mengupat, membebel etc.). bila dah akhir zaman ni, kita melihat lelaki pun dah sama naik, perempuan pun dah hilang malu (bergurau senda, ketawa kuat-kuat). ehm...dah hilang malu pada lelaki.

Dari riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Huraian dari hadith ini:

Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. 

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w . 

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya. 

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu) maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" surah An-Nisa yat 149. 

Dari petikan hadith ini, mari kita berpesan dan saling mengingati sesama kita. saya pun kadang-kadang terleka dengan guraan sendiri dan gurau senda rakan-rakan.
Salam ukhwah dan selamat membaca.

Wallahua'lam

Sunday, November 27, 2011

"Roh Harum Dan Ruh Busuk"


Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi sepotong hadith dari riwayat muslim tentang perbezaan ruh setibanya waktu ia dipanggil oleh Allah s.w.t. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” 

Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” 

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). 

Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. 

Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

Semoga mendapat iktibar dari hadith ini.

Wallahua'lam.

Friday, November 25, 2011

"Bela Bangsa Atau Agama?"


Assalamualaikum,

Kesibukan dalam memberi komitmen untuk keluarga dan diri sendiri, kadang-kadang terasa rindu dengan komitmen diri untuk agama. sekian lama tidak menconteng info disini dan mendengar kuliah membuat diri ini terpanggil kembali untuk menyampaikan amanah Rasulullah s.a.w.

Kita hari ini, terlalu sibuk dan ingin memartabatkan bangsa melayu malah lebih teruk lagi menolak hukum-hukum Allah dan sunnah rasulullah. kita mengaku islam tetapi kita tidak mempraktikkan islam.d dalam Al-quran, Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"."(itu) sangatlahdibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan" . surah As-Saff ayat 2 dan 3.

Ayat diatas merupakan amaran dari Allah keatas orang-orang yang bercakap kosong, yang mengaku islam tetapi  tidak melaksanakan tuntutan islam. Ramai dikalangan kita menolak hukum Allah dengan mengatakan sesuatu hukum itu tidak sesuai digunakan pada masa ini. percakapan sebegini boleh merosakan akidah dan boleh membawa kepada kekufuran.

"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah lakukan".surah Al-Munafiqun ayat 2

"Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka". surah Muhammad ayat 1.

Dari ayat ini menunjukkan mereka-mereka yang hanya mengaku islam tetapi tidak melaksanakan islam dan mereka ini tergolong dalam orang-oramg yang munafik. Pada pandangan ulama pula, dikaitkan dengan ayat yang lain menyatakan satu huruf dari Al-quran kita tolak boleh menyebabkan kita "kufur".

Oleh itu marilah sama-sama muhasabah diri, bangun membela agama islam. perpaduan, keamanan, kesejahteraan dan silaturahim sesama manusia wujud atas dasar islam.Allah yang lebih berkuasa, Dia lebih mengetahui apa kebaikan atas setiap hamba-hambanya, wujudnya satu undung-undang bukan untuk menyusahkan tetapi untuk menyelamatkan.

"Apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi sentiasa bertasbih kepada Allah; miliknya semua kerajaan dan baginya pula segala puji dan Dia mahakuasa atas sesuatu"."Dialah yang mencipata kamu, lalu di antara kamu ada yang kafir dan ada yang mukmim dan Allah maha melihat ape yang kamu kerjakan". surah At-taghaabun ayat 1 dan 2.

"Ingatlah pada hari ketika mana Allah mengumpulkan kamu pada hari berhimpun, itulah hari pengungkapan kesalahan-kesalahan. Dan barang siapa beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan niscaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan memasukannya kedalam syurga yang mengalir dibawahnay sungai-sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya. itulah kemenangan yang agung" surah At-taghaabun ayat 9.

Wallahua'lam.

Wednesday, November 16, 2011

"9 Jenis Anak Syaitan"


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Sunday, November 6, 2011

"Cita-Citaku Islam Gemilang"

 
Cita-citaku islam cemerlang,
cita-citaku islam tinggi menjulang,

cita-citaku islam gemilang,
cita-citaku daulahnya berulang.....

kawan mari susun barisan,
kite mara kehadapan,
mari perjuangkan islam,
kite tagih yang dijanjikan....

kawan mari kumpul tenaga,
kte korbankn harta semua,
jangan kite buang masa percuma,

kawan mari kumpul tenaga,
kte korbankan harta semua,
perjuangkan islam hingga berjaya......

kawan jangan tunggu-tunggu lagi,
jangan mengangan-angan yang merugi,
dunia menipu kita hindarkan,
cita-cita islam kite tunaikan........

ayuh mari mara kehadapan,
jangan buang masa lagi,
inilah masanya tunjukkan bukti.....

ayuh mari mara kehadapan,
jangan buang masa lagi,
kalau benar cintakan islam...........

lirik nasyid cita-citaku , by nadamurni

"6 Perkara Allah s.w.t Sembunyikan"

 
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Sebagai renungan utk rakan2...

“Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah…” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a’lamin…“
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...