Saturday, July 30, 2011

" Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus"



(Ihdina s-sirâta l-mustaqîm)
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Al-Fatihah:6

Pasti ramai yang biasa membaca “sirâta l-mustaqîm” pada Surah Al-Fatihah. Perkataan “sirâta l-mustaqîm” itu sendiri sudah memberikan persamaan sebutan dengan  Titian Siratal Mustaqim di Hari Akhirat, iaitu titian sehalus rambut dibelah tujuh dan lebih tajam dari mata pedang. Ianya jambatan atau titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri.

Sebagai umat islam yang menunaikan solat cukup sehari semalam, kita sering berdoa didalam solat kita paling-paling kurang 17 kali 1 hari. cuba kita renung sejenak, dengan doa kita ini, sejauh mana kita menghayati dan memenuhi doa-doa kita. kita sering berdoa meminta diberikan jalan yang lurus tetapi kita lakukan hari-hari kita dengan memilih jalan-jalan berliku. apa yang dikatakan jalan yang berliku itu? 

Cuba kita lihat pada hari ini, kita dibelenggu dengan masalah ulama hipokrit, riba, pengaruh media massa, sekularisma, makanan beracun dan pelbagai cabaran yang tidak mampu dihadapi manusia. siapakah yang memanipulasi benda-benda ini dan siapakah yang menyokong perbuatan ini. mungkin kita juga terlibat secra langsung atau tidak langsung.

Dengan berlakunya perkara-perkara sebegini, mampukah kita menghadapi cabaran di titian sirat nnati dan Siapakah yang mampu menitinya?

“…Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api…” (HR Tirmizi)

Secara logik akal, pasti tiada siapa yang berupaya meniti laluan seumpama ini. Tetapi bagi orang yang “beriman” dan “beramal soleh“, serta mereka yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis, Allah swt akan membawa mereka ke jalan yang lurus dan mereka akan terselamat:

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (sirâta l-mustaqîm) yang membawa kepadaNya; (4:175)

Hanya rahmat Allah swt yang dapat menyelamatkan manusia untuk meniti jalan sirâta l-mustaqîm dan membawa dirinya kepada Allah swt.

Namun itu, apakah hakikat sebenarnya? Adakah ramai yang terselamat? Hakikatnya, amatlah sedikit yang terselamat kerana banyak yang tidak mahu beriman dan beramal soleh serta berpegang teguh kepada Al-Quran.

Oleh itu, marilah kita selitkan sedikit dalam doa kita dengan doa ini:

YA ALLAH, jadikanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang sedikit iaitu orang-orang yang banyak bertaubat, orang-orang yang mendekat diri dengan-MU , dan orang-orang yang soleh. 

Amin3x, Ya Rabbal a'lamin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...