Wednesday, September 29, 2010

Pada debar yang sembunyikan rahsia hat

Pada debar yang sembunyikan rahsia hati
hanya kornea bicara
hanya kanta menepis
tempias rindu ini
...kerana bibir bak tebing
menepis liur yang hilang
kemana?entah hilang dalam diam

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
getaran jantung saat itu bagai mati
masih bernafaskah aku?
hanyut aku tanpa dibasahi
lemas aku tanpa sesak
debar aku tanpa degup
gugup aku tanpa mu

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
pandanglah fahamilah
aku tidak mampu
aku hampir kalah
bukan hari ini
tapi aku nanti
menanti
fahamkah aku?
fahamkah mereka?
fahamkah dia...?

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
walau ia kini semalam
walau kini aku masih kelmarin
aku tersenyum kerana semalam
aku menangis kerana hari ini
aku masih sendiri

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
terima kasih pada jiwa yang memahami
kerana aku tak mampu meluahkan
kerana kau mewakiliku
terima kasih Tuhan
ada yang memahami ku...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...