Assalammualaikum..Allamdulillah di beri kesempatan utk menulis sedikit info untuk dikongsi bersama dengan rakan2..Hati disini sy takrifkn sebagai otak kedua manusia yg bisa mengawal tingkah laku,perwatakan dan percakapan seseorg itu. Menurut Imam Gazali dalam Ihya Ulumuddin membuat bab khusus yang membahas Keajaiban Hati (`Ajaib al Qalb). Menurut beliau, kemualian martabat manusia disebabkn keinginan hati untuk mendekati Allah. beliau jg membahagikn hati kepada dua bahagian @ dua unit tentara (junudun mujannadah), iaitu unit yang dapat dilihat dengan mata kasar (anggota badan) dan yang kedua dapat dilihat dengan mata hati ( daya-daya); daya penglihatan, daya pendengaran, daya hayal, daya ingat, daya fikir dan daya hafal, yang bekerja dengan sistem yang sangat hebat dan hanya Allah yang mengetahui hakikatnya. Dari kombinasi ini dapat melahir kehendak (iradah), marah (ghodob), keinginan (syahwat), pengetahuan (ilmu), dan persepsi (idrak).
Kesakitan hati boleh dirawat melalui 5 perkara iaitu
Baca Quran dan maknanya
Solat malam dirikanlah
Berkumpullah dengan orang-orang soleh
Perbanyakkan berpuasa
Zikir malam berpanjangan
oleh itu marilah sme2 memelihara hati kita...wassalam..
0 comments:
Post a Comment