Sunday, March 13, 2011

"Bisikan Hati"

 
Hati,
mengapa tiba-tiba menjadi sepi,
kosong tanpa berisi
melayang ke alam fantasi
mencari noktah
perhentian yang tak pasti
Diri,
mengapa tiba-tiba menjadi tuli
mengharap bantuan dan simpati
tanpa insaf dan mengerti
bahawa kau perlu berdikari
Aku,
mengapa menjadi pilu
mengenangkan nasib tak menentu
kakadang ria menyapa rindu
kakadang duka menyapa sendu
Iman,
mengapa tiba-tiba menjadi longlai
hanyut terurai dalam dakapan nafsu
entah bila kesedaran itu
akan berlabuh dalm diriku
Insaf,
mengapa tiba-tiba menyapa hatiku
tidak bertakhta,bertapak dalam sanubariku
insan lemah seperti aku
yang sering merindui huluran salammu
dan aku.......
sekali lagi aku?
Ya aku...
ingatlah engkau yang bernama aku
bahawa tanpa amal solehmu
maka tiada esok lagi bagi dirimu.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...