Cinta pada Allah adalah satu perasaan mendalam apabila kita terdorong mahu melakukan sesuatu kerana ingin mendapat perhatian Allah SWT. kita melakukan sesuatu bukan untuk mendapat balasan dari seseorang dan bukan untuk mendapat untung tapi untuk meraih perhatian Allah SWT, untuk meraih kasih sayangnya. kita berbuat baik kepada orang sekeliling supaya Allah perhatikan apa yang kita buat.
Bebanding wanita dan lelaki, wanita adalah golongan mudah mendapat pahala terutama wanita yang sudah berumah tangga. mereka lebih mudah menerap rasa cinta kepada Allah SWT dalam segenap aktiviti harian mereka.sebagai contoh, wanita yang mengandung dan melahirkan anak, segala dosa mereka telah pun terampun oleh Allah SWT, mematuhi perintah suami dan menjaga kemaluan mereka.
Tetapi dalam kontek ini, Allah SWT maha adil, lelaki dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas besar. mereka di beri amanat untuk memimpin keluarga, mencari nafkah, dan memberi segala kemudahan kepada keluarga. ini secara tidak langsung membawa kita untuk meraih cinta Allah SWT. amanat yang paling besar adalah "talak". talak deberi pada lelaki kerana sifat dan kekuatan mereka. sebagai lelaki yang beriman, mereka mampu menahan marah dan sentisa berfikiran rasional. mereka mampu mengendali masalah rumah tangga dengan bijaksana.
Dalam entri ini, ana lebih menumpukan pada kaum wanita berkeluarga. elak berbuat sesuatu kerana mahu dipuji, kerana mahu disanjung, kerana mahu dihargai atau kerana mahu meraih kejelesan orang lain. Apabila Anda berbuat sesuatu kerana Allah, secara automatik pasangan Anda jadi lebih tertarik pada Anda. Orang lain juga akan tertarik kepada Anda tanpa Anda sedari.
1. Turunkan ego.
Mulai saat ini, sebagai seorang wanita, Anda kena turunkan level ego Anda. Jangan bercakap pasal hak,jawatan, pangkat, pendapatan, jumlah duit yang Anda ada, pencapaian Anda dan kebaikan-kebaikan Anda. Sebaliknya, banyakkan berbuat kebaikan pada suami, pada anak-anak, pada mentua, pada ipar duai, pada adik-beradik Anda, pada jiran-jiran, pada orang-orang di sekeliling Anda. Zahirkan rasa cinta pada Allah dengan merajinkan diri berbuat kebaikan. Berbuat baiklah dengan niat kerana mahu menambah rasa takwa. Anda berbuat baik kerana Anda mahu Tuhan melihat perbuatan baik Anda. Moga dari itu, rasa bertuhan di dalam hati semakin kuat, semakin berakar, semakin utuh.
2. Niatkan segala perbuatan 100% kerana Allah.
Apabila Anda melayan suami, niatkan layanan Anda tu untuk Allah, maksudnya, berbuat baik pada suami supaya Anda melihat apa yang Anda buat, supaya dari perbuatan baik Anda pada suami tu kesannya hidup Anda diberkati. Anda buat semua tu kerana Anda mahu Allah redha pada Anda, supaya apabila Allah redha, Dia menurunkan kebahagiaan dalam rumah tangga Anda. Sebagai contoh, apabila Anda memasak, niatkan masakan itu kerana Allah iaitu dengan memasak untuk menggembirakan hati suami, untuk menggembirakan hati anak-anak juga untuk menggembirakan hati orang-orang yang tinggal serumah dengan Anda. Jika Anda sedang menyediakan sarapan pagi niatkan perbuatan Anda itu untuk Allah, maksudnya Anda menyediakan sarapan pagi didorong oleh rasa takwa, iaitu berbuat baik kerana mahu perbuatan Anda dapat memancing ‘special attention’ daripada Allah. Bila Allah sudah memberi perhatian, pasti rahmatnya melimpah ke dalam hidup Anda sekeluarga. Kesannya, pasti suami bahagia menjalani hidup bersama Anda, pasti anak-anak bahagia beribukan Anda.
3. Jaga hubungan dengan Allah, jangan hubungan dengan suami serta orang-orang di sekeliling.
Jaga hubungan Anda dengan Allah dengan bersembahyang, membaca Quran, berpuasa. Hati Anda kena dikemudi. Lakukan semua tu kerana Allah, iaitu kerana mahu menambah rasa takwa kepada Allah, bukan sekadar mahu beribadah untuk menambah pahala. Jaga hubungan Anda dengan suami, dengan anak-anak, dengan orang lain. Buatlah kebaikan selalu pada mereka supaya dengan itu hubungan Anda dengan mereka sentiasa terjaga. Inilah caranya bagaimana Anda menerapkan rasa cinta pada Allah dalam segenap kehidupan Anda. Hati Anda biar difokuskan untuk memberi kegembiraan. Gembirakan suami dan anak-anak simply kerana Anda mahu melihat keceriaan terpancar di wajah mereka kesan dari peranan Anda. Islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar sebuah agama. Terapkan rasa cinta pada Allah dengan berbuat baik. Bila Anda merajinkan diri berbuat baik, pasti rasa cinta pada Allah semakin membara.
0 comments:
Post a Comment