Permulaan pagiku dengan menulis kotak kosong mengurai kata-kata..tetapi kata-kata sentiasa memainkan hati dan perasaan, mengubah tingkahlaku seseorang menjadi baik, buruk, dan seandainya..kadang-kadang kita terlalu pandai berkata dengan menggunakan kata-kata "bombastic" mempengaruhi orang lain untuk berpihak pada kita tetapi kita kena ingat kata-kata org tua, berpesan bukan bersahaja tetepi dengan penuh makna; "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".
Aku bersembang hari ini bukan sekadar mengingati orang lain bahkan untuk diri ini. aku bukan insan sehebat Rasulullah s.a.w, aku bukan secekap Malaikat tidak melanggar arahan Allah dan patuh dalam tugasan mereka tetapi aku hanya insan yang lemah, kerdil, selalu melakukan dosa. aku hanya insan yang berlakon diatas pentas dunia yang tidak lama nya lagi luntur berkecai dek angin tiupan sangkakala.
Berkata memang mudah tetapi untuk beramal bukan mudah. ramai dikalangan kita selalu bertakbir mengagung-agungkan yang Maha Esa. adakah takbir didalam solat mereka sehebat takbir mereka diluar. andainya hebat takbir yang mereka lisan didalam solat nescaya bergetar tubuh dari hujung kepala ke hujung kaki. adakah aku pun sama dengan mereka? saat aku memikirkan kata-kataku aku rebah jatuh memikirkan azab dari yang Maha Esa. diatas dunia lidahlah raja, memutar belitkan hukum Allah!!,, dan memecah belahkan manusia!!, kita hidup bukan seorang, bukan untuk sombong dan bongkak. siapa kita berbanding Maha Esa, layakkah kita menggunakan sifat-NYA.
Saat dikeheningan pagi, ayam jantan berkokok, turunlah Malaikat ke bumi membawa rahmat Allah, aka bagun dari tidurku membersihkan diri hanya satu inginkan keampunan dari Maha Esa.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
hambamu ini bangun membersih diri untuk mengadap-MU Ya Allah
hambamu ini sujud tunduk dan merendah diri
memohon keampunan-Mu
tatkala orang lain sedang tidur nyenyak
diatas katil di buai mimpi
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
hambamu ini kerdil Ya Allah
sentiasa melakukan dosa melalui panca indera yang Engkau kurniakan
aku tidak tahu erti bersyukur
aku tidak tahu mengedali pemberian-MU
aku bodoh terutama berkata-kata
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau berikan aku lidah yang petah berkata-kata
aku gagal menghafal ayat-ayat-MU
aku gagal menghafal sunnah kekasih-MU
dan aku hanya berfoya dengan kata-kata manisku
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkaulah tempat aku sembah dan
Engakaulah tempatku bergantung harap
Tanpa-Mu aku tiada di dunia ini,
menghirup udara setiap saat dan ketika
Engkau ampunilah diriku ini dan
jangan Kau pesongkan hatiku ini
setelah Kau suntikan nur kedalamnya
Engkau jadikanlah aku pemimpin yang soleh
agar aku bisa memimpin isteri yang solehah dan
anak-anak yang soleh
Engkau berkatilah keluargaku
semoga kami ditempatkan bersama-sama kekasih-MU
Ya ALLAH
aku mengaharapkan air mata yang mengalir ini hasil daripada cinta dan kasihku hanya untuk-MU Ya ALLAH..
0 comments:
Post a Comment