Wednesday, November 30, 2011

"Batasan Dalam Gurau Senda"


Assalamualaikum,

Kali ini saya hendak berkongsi satu perkara yang kita ini selalu buat dan kadang-kadang lupa tentang dosa dan pahala. Orang kata, teman untuk ketawa selalu ada tapi teman menangis jarang sekali. kita selalu berkata dan bergurau, mengambil perhatian orang lain, berkata yang bukan-bukan malah lagi teruk sehingga memburukan orang lain.

Dulu orang mengaitkan perempuan dengan mulut murai ( mengupat, membebel etc.). bila dah akhir zaman ni, kita melihat lelaki pun dah sama naik, perempuan pun dah hilang malu (bergurau senda, ketawa kuat-kuat). ehm...dah hilang malu pada lelaki.

Dari riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Huraian dari hadith ini:

Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. 

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w . 

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya. 

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu) maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" surah An-Nisa yat 149. 

Dari petikan hadith ini, mari kita berpesan dan saling mengingati sesama kita. saya pun kadang-kadang terleka dengan guraan sendiri dan gurau senda rakan-rakan.
Salam ukhwah dan selamat membaca.

Wallahua'lam

1 comments:

Khalis. said...

Assalamualaikum,,.Alhamdulillah,.syukran di ats peringatan ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...