Alhamdulillah, kali ini mengisi kembali kata-kata dalam blog ini. tidak ada kata yang terucap dari mulut ini melainkan memuji akan kebesaran Allah yang maha ESA yang telah melimpahi rahmat kepada umatnya yang tak terhingga.
Tamat sudah perjalanan hidup ini sebagai seorang pelajar di institusi awam UiTM. 17 jun 2011 merupakan hari penantian setiap student batch akhir bagi menamatkan pelajaran mereka sebagai seorang graduasi dari UiTM. menanti dengan sabar sama ada berakhir dengan cemerlang atau sebaliknya. alhamdulillah, berusaha untuk sem akhir membuahkan hasil, gembira mendengar kawan-kawan mendapat keputusan yang cemerlang, ramai yang "4 flat" dan "dekan".
Kalau semua orang boleh baca blog ni, biarlah mereka tahu yang diri ini sangat-sangat berterimakasih pada semua yang hadir dalam perjalan hidup ini. sepanjang kita bersama, anda semua telah banyak memberi sokongan, bantuan, dan nasihat agar diri ini terus berjuang. semoga Allah membalas jasa2 anda kalian.
Terasa ingin kembali ke UiTm dungun, ingin ku ucapkan terima kasih pada lecturers yang telah bertungkus lumus memberi ilmu pada diri ini yang masuk dalam bidang ELECTRICAL ENGINEERING ini dengan result SPM yang seberapa berbanding kawan-kawan yang lain. namun diri ini bersyukur, kini aku mampu bersaing dengan kawan-kawan lain, "Alhamdulillah".
To all my love, thank!!!!!
kita bertemu dimedan perjuangan yang berbeza pula, semoga persahabatan aku dan anda sekalian kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah. semoga menjadi Engineer yang berjaya kelak.
For UiTM, thank to my institusi pengajian, teruskan memartabatkan bangsa sendiri, jangan pernah lelah memperjuang hak bangsa, kami sebagai student UiTM sungguh bangga menjadi graduasi dari UiTM. nama baikmu akan kami pelihara diluar sana nanti, insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment