Monday, June 6, 2011

"SL1M"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada 1 Jun 2011 yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun.

Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.

Selain didedahkan dengan kemahiran seperti 'soft skills', siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan.

SL1M dilaksanakan berdasarkan kejayaan program latihan singkat oleh Bank Negara kepada siswazah dari keluarga miskin dan ia terbukti berjaya meningkatkan keyakinan diri peserta.

Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, semua graduan Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon SL1M.

Antara syarikat yang menyertai program tersebut ialah Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Apa lagi jom kita rembat ramai2...!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...