Friday, June 24, 2011

"Wanita disisi Lelaki"


Assalamualaikum, 

Posting kali ni just nak cerita san kongsi-kongsi je mana yang patut. actually nak update blog ni kena banyak pikir. so what the best topic for topic for today is wanita disisi lelaki. how important they are and what should guys do to them.

Wanita merupakan ciptaan Allah yang mempunyai banyak kelebihan, dari hujung rambut samapi ke hujung kaki. oleh itu, wanita disarankan oleh Allah untuk menutup aurat-aurat mereka. perintah Allah bukan mainan, mesti ada kebaikan disenbalik perintahNYA. cuba kita lihat hari ini, belaku pelbagai gejala sosial seperti buang bayi, rogol dan zina. malahan lebih teruk kes bunuh. kenapa ini belaku? bukan niat aku untuk menuding jari terhadap wanita, tetapi peranan mereka amat penting dalam sebuah intitusi kehidupan. mereka ini bisa membuat dunia ini rosak binasa dan sebaliknya. 

Dalam kes ini lelaki juga harus dipertanggungjawabkan, kemana mereka disaat sang wanita memerlukan. lelaki merupakan pemimpin di atas muka bumi ini, telah dipertanggungjawabkan atas lelaki untuk membela wanita. wanita dicipta dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki dan luruskanlah mereka dengan berhemah dan bijaksana.

Cuba kita bayangkan, sebatang kayu yang bengkok dipacak di tengah padang lapang, adakah bayang-bayang yang kita lihat lurus? Oleh itu, luruskanlah mereka dengan cara petenjuk Allah dan didiklah mereka dengan panduan dariNYA.

"Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar"
"jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin derita"

Kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal,di situlah kuncinya.Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan generasi yang beramal soleh. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak,mereka bukan saja tidak lurus,malah membengkokkan.
 
 

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalant,idak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"


Wallahuálam.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...