Wednesday, September 21, 2011

"Boleh Jadi Ini Baik Untuk Diriku"

video


Assalamualaikum,

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, kita selalu berkata-kata dengan ayat-ayat Allah, berhujah, dan kadang terlalu extrimis. tetapi bila betul-betul manusia memerlukan pengorbanan untuk agama dia, dia akan tahu janji siapa yang benar janjinya.

Kita selalu duduk dalam dewan dengar ceramah senang, tetapi bila islam benar-benar menuntut umatnya turun ke medan perang sebagai mana para sahabat, "beban". kita kadang-kadang dengar orang mengata, tidak tahan telinga kita mendengarnya itu pun kita sudah merasa beban.

Dalam dunia ini, untuk mencari manusia yang betul-betul jujur dengan agama bukan senang. siapa yang boleh istiqarah dengan agamanya, terutama agama menghadapi cabaran....Dalam Al-quran Allah menyebut:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang penceroboh) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal is buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya", surah Al-baqarah, ayat 216.

Hayatilah video diatas, semoga membawa ikhtibar dan pengajaran kepada anda semua termasuk hamba ini juga.

wallahua'lam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...