Tuesday, December 6, 2011

"Aku ikhlas ke..?"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi kesempatan pada malam ini untuk berkongsi sedikit apa yang saya dapat dari kuliah saya, insyaAllah berguna untuk saya dan pembaca-pembaca sekalian. disini saya ingin berkongsi dua perkara yang melibatkan kita sebagai orang islam. yang pertama ialah "Ikhlas dalam beribadat" dan yang kedua ialah "Prinsip seorang islam".

Apa itu ikhlas? ikhlas ialah melaksanakan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah, bukan kerana mencari kebesaran dari manusia, dan mencari kepentingan dunia semata. ramai dikalangan kita, tidak terlepas diri yang mengarang ini, untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan ikhlas amatlah sukar.

Saya mengakui mencari keikhlasan itu sukar, tetapi mudah bagi yang tahu caranya. kata seorang ustaz pada kuliah saya yang lalu, ikhlas ini mudah dengan adanya tiga cara ini iaitu;

1) Yakin dengan Allah sepenuh hati
2) Setiap perkara yang hendak dilakukan baca Bismillah
3) Setiap perkara yang baik berlaku ucapkan MasyaAllah

Perkara kedua iaitu Prinsip asas seorang islam

Bila orang bertanya kepada sesetengah dari kalangan kita, "kamu islam ?" , jawapannya "Ya, saya islam, kalau tidak percaya tengok IC la"..ehhh.. islam itu sekadar atas IC ker? Kalau kita islam, apakah prinsip kita.

Kita mesti menjadi seorang yang menerima islam secara keseluruhannya, tidak menolak sedikit pun dari Al-quran. tapi kita sekarang hanya menerima sebahagian sahaja dan menolak yang selebihnya. firman Allah dalam surah Al-baqarah dalam ayat 208;

" Wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu." 

Selain itu, kita hendaklah sentiasa menegak keadilan, jangan hanya memikirkan kepentingan dan kesenangan diri sendiri, berani menindas yang lemah dengan mengambil dan menerima rasuah.

"Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah mejadi saksi yang adil. dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan" surah Al-Maidah ayat 8.

Cuba kita pikirkan, tidakkah beruntungnya kita yang dilahirkan dalam agama yang diredhai, dan dijanjikan keselamatan di akhirat. tidakkah kita mengambil manfaat dari kehidupan kita ini. tegas Allah di dalam Al-Quran

" Sesungguhnya agama disisi Allah ialah islam.Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperolehi ilmu, keran kedengkian di antara mereka. barang siapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh Allah sangat cepat perhitungan-Nya" srurah Al-Imran ayat 19.

"Dan barang siapa mencari agama selain islam, dia tidak akan diterima dan diakhirat dia termasuk orang yang rugi" surah Al-Imran ayat 85.

"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh dia akan menjalani kehidupan yang sempit dan Kami akan mengumpulkan pada hari kiamat dengan keadaan buta" surah Taha ayat 124.

Marilah sama-sama merenung dan mencari kesempatan dengan umur yang berbaki ini.

Wallahua'lam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...