Saturday, December 24, 2011

"Sifat Munafik Dalam Surah An-Nisa Ayat 60-62"


Ayat 60-62 adalah berkaitan mengenai Sikap orang munafik dan orang-orang yang yang berpenyakit didalam hatinya iaitu mereka tidak mahu taat kepada Allah dan rasul bahkan percaya dan mahu mengikut keputusan daripada taghut yakni syaitan.Disamping itu juga,ayat seterusnya menerangkan ancaman dan amaran terhadap perkara yang mereka lakukan itu iaitu menyeleweng dari peraturan atau syariat allah dan rasul.

60." Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkannya sebelum engkau,sedangkan mereka masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya?Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." 

Terdapat sekumpulan manusia yang mendakwa mereka beriman akan tetapi pada waktu yang sama, mereka berdolak dalih dengan dakwaan mereka. Mereka mengatakan mereka beriman dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah tetapi kemudiannya mereka tidak menerima wahyu tersebut setelah menetapkan bahawa mereka menerima peraturan, hukum-hakam dan ajaran Taghut yang zalim. Taghut ini mendakwa dia memiliki salah satu ciri uluhiyyah tetapi mereka tidak tunduk kepada neraca uluhiyyah yang betul. Mereka berbuat begini bukan sebab jahil tetapi kerana kehendak mereka sendiri.
.
Perbuatan mereka bukanlah kerana kejahilan ataupun sangkaan tetapi mereka lakukan dengan sengaja dengan qasad dan niat.Sebab itulah,dakwaan mereka yang mengaku beriman ini adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur malah yang sebenarnya Syaitan mahu membawa mereka kepada kesesatan yang tiada harapan untuk kembali ke pangkal jalan.

Seterusnya ayat ini menjelaskan keadaan mereka apabila mereka diseru supaya mengikut perintah yang telah telah diturunkan sebelumnya kerana mereka mendakwa beriman kepadaNya

61.“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu mematuhi perintah yang telah diturunkan Allah dan apa yang telah diputuskan oleh rasul nescaya engkau dapati orang-orang Munafiqin berpaling darimu dengan penuh angkuh.” 

Ayat ini menguatkan apa yang ditunjukkan oleh ayat sebelumnya,iaitu betapa munafiknya mereka yang tidak suka kepada hukum Allah dan hukum rasul-Nya,tetapi mereka suka kepada hukum taghut dan para pengikut hawa nafsu.Seterusnya ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berpaling dengan sengaja dari hukum Allah,lebih-lebih lagi setelah hukum itu diserukan dan diingatkan kepada mereka,mereka adalah orang munafik yang pengakuan dan keislamannya tidak dapat dibenarkan.

Seterusnya ayat ini menjelaskan Pembalasan atau Akibat Apabila tidak berpegang atau berpaling dari hukum/syariat Allah.

62. “Oleh itu bagaimana nanti jika mereka ditimpa muslihat kerana perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, tiadalah kami kehendaki melainkan hanya kebaikan dan penyesuaian.” 

Di dalam ayat ini terdapat ancaman yang berat atas apa yang telah mereka lakukan dan bahawa mereka akan menyesal ketika penyesalan tidak berguna lagi bagi mereka, serta akan mengajukan alasan ketika tidak berguna lagi alasan bagi mereka.


Bersamalah kita menjauhi sifat ini...semoga kita dilindungi Allah selalu, insyaAllah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...