Friday, February 25, 2011

"Bagaimana Membentuk Akhlak"


Apa itu akhlak? dari segi bahasa ia berasal daripada perkataan "Khulq" yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. manakala dari segi maksudnya, imam Ghazali menyatakan: "akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu","Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu". ini bermaksud, apabila seseorang itu dengan mudah melakukan kebaikan yakni dengan automatik, spontan, dan konsisten, maka barulah dia dikira berakhlak.

Akhlak dibentuk dari dalam diri manusia hinggalah perbuatan dan perwatakan yang dizahirkan. dalam membentuk akhlak, 3 proses penting perlu ada pada setiap manusia itu iaitu iman, islam dan ihsan.

IMAN
-langkah membentuk akhlak dimulakan dengan memantapkan sistem keyakinan berasaskan tauhid sebagai paksi uama dalam membentuk pandangan alam, kemudiannya sistem nilai serat sikap yang akhirnya melahirkan kelakuan-kelakuan yang baik. inilah teras dan rukun iman.

ISLAM
-permantapan rukun iman ini disusuli langkah kedua dengan melaksanakan satu set amalan-amalan yang ritual dalam rukun islam. ini adalah satu pakej latihan bersepadu, kosisten, dan diamalkan secara rutin. pada tahap ini, keyakinan dalam rukun iman diterjemahkan kepada amalan dalam rukun islam.

IHSAN
-dan akhirnya akhlak akan terhasil pada tahap ketiga iaitu ihsan yang mana perlakuan-perlakuan baik ecara mudah, istiqamah dan ikhlas kerana merasakan diri sama ada " melihat" Allah atau dilihat Allah. ini biasanya diamalkan dalam mencari kekusyukan dalam soalt " beribadatlah seperti Allah melihat akan perlakuan kamu dan mencari bekalan dunia seolah-olah kamu akan mati keesokannya"..

wallahaualam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...