Sunday, February 27, 2011

"Jangan Di Tanya Cinta Padaku"


Jangan ditanya cinta padaku
Kerna cinta pertamaku untuk Allah dan Rasulullah
Allah adalah tujuanku
Rasulullah adalah  teladanku
Al-quran pula adalah pedoman hidupku

Jangan ditanya cinta padaku
Kerna cinta keduaku pada para sahabat dan ulama'
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali
Sahabat terdekat dan perwatakan seakan Rasulullah
Menjadi ikutan para ulama' selepas Rasulullah

Jangan ditanya cinta padaku
Kerna cinta ketigaku pada ibu dan bapa ku
Orang yang memelihara dan membesar ku
Tempat ku membalas jasa dan budi apabila dewasa

Andai ditanya cinta padaku
Siapa kau dihatiku
Akan ku khabarkan kau bukan dihatiku
Kau ada disisiku
Sebagai sahabat, teman, dan isteri
Sahabatku bila ku bergembira
Temanku bila ku duka
Isteriku bila ku menguruskan rumahtangga
Engkaulah wanita solehah
Yang didambakan dalam kehidupan fana ini
smoga berkekalan hingga ke syurga.

Nukilan: NurAmal

p/s: budak engine punyer...bse la terabur ckit...hahaha

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...