Saturday, February 26, 2011

"Mencegah Penyakit Bawaan Makhluk Halus"


Al- quran menerangkan makhluk halus mampu memudarat kan manusia kerana mereka menganggap manusia adalah mush mereka. islam adalah satu agama yang syumul telah mengajar manusia pelbagai ilmu untuk mengatasi masalah ini. diantara surah yang mudah diamalkan dan juga dibaca iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan surah al-Nas.

Dari Aisyah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengajarnya supaya membaca ketiga-tiga surah tersebut sambil menadah tangan seperti berdoa. selepas habis bacaan itu, ditiupkan pada tapak tangan, kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh tubuh sebagai pemohonan perlindungan daripada Allah SWT ketika hendak tidur.

Surah al-Ikhlas memberi imej bahawa kita hendaklah membulatkan keimanan kepada Allah yang maha esa tanpa sebarang keraguan dan kepada Allah SWT sahajalah tempat meminta pertolongan.

Surah al-Falaq pula adalah untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT yang mengatur semua makhluk, supaya dihindari daripada semua kejahatan pada waktu kegelapan malam, kejahatan tukang sihir yang meniup dengan nafasnya ataupun daripada orang yang berhasad dengki.

Sementara surah al-Nas pula adalah untuk memohon perlindungan daripada bisikan dan kejahatan syaitan yang sentiasa mengajak manusia melakukan pekara mungkar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...