Friday, February 25, 2011

PUISI: "Daripada Khadijah Buat Khadijah"


Buatmu bonda agung
cinta pertama kekasih segala kasih
bidadari syurga di langit dunia
lebih lembut dari sutera
lebih mulia daripada mutiara
lebih wangi dari bunga
keindahan yang tiada tara
melebihi segala permata
engkau yang pertama
engkau yang utama

Cemburu al-Humaira
bila namamu meniti di bibir al-Mustafa
sentiasa dan sentiasa
sejak dari mula
selepas kau ukir cinta
dengan tinta setia
dengan kalam hikmah penuh bijaksana
kau usir segala duka
kau beri percaya
kau beri bahagia
kau beri harta
kau beri masa
keikhlasan yang tak terungkap kata
Al-Tahirah
wanita bangsawan keturunan mulia
daripadamu lahir zuriat Baginda
al-Zahrah dan kakak-kakaknya
kepada al-Hassan dan al-Husain,
kau jadi nenda
kepada Muhammad kau jadi kekasihnya
kau didamba, kau dipuja
bagai cahaya dalam hatinya

namun kau tetap bonda
bonda kami semua
bonda segala bonda
seindah nama yang memilikinya
untaian sebuah sirah
engakaulah
Khadijah al-Kubra


sumber: solusi-nukilan Khadijah Abd Latip (UKM-Bangi)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...