Monday, May 2, 2011

" Kau Telah Memikatku Dengan Agamamu"


Telah hadir seorang wanita kedalam hidupku, mempunyai personaliti berbeza berbanding wanita-wanita lain. wanita ini sentiasa menjaga auratnya, pergualannya dipagari dengan syariat islam, dan sifat malunya dijadikan pengikat diri. Apabila berbicara lembut tutur katanya, setiap perkataan dijaga, hanya senyuman dilontarkan tatkala diusik kawan. Ya Allah, apakah ini dinamakan wanita solehah seindah hiasan di dunia.

Wanita ini sering didampingi kawan-kawan apabila mereka menghadapi masalah, perlukan sokongan, dan tempat mengadu, kerana apa?? kerana sikapnya yang menyayangi dan menghormati orang lain. Setiap pemasalahan diselesaikan dengan bijaksana. Setiap keputusan dibuat dimulai dengan doa dan istiqarah memohon petunjuk agar tidak tersalah pilihan dan jalan dituju. Apabila menenangkan kawan perkataan dan isinya lebih mengesa dan mengagungkan Allah, diselitkan kata-kata hikmah dan cerita-cerita teladan dari Al-quran. YA Rahman Ya Rahim kini baru ke tahu keindahan ciptaan-MU.

Sesuai dengan sabda Rasulullah " Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Wanita ini awal paginya diabiskan dengan solat-solat sunat, bertahajud dan mengalunkan ayat-ayat suci Allah dan berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis. bukan pada barang kemas dan perihal orang lain dikejari tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. hatinya disalut taqwa kepada Allah yang sentiasa haus dengan ilmu dan dahaga akan pahala. Dia tidak gentar melawan nafsu dan sentiasa bersama kumpulan orang-orang berjuang di jalan Allah.

Ini dapat dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Akhir kata dariku;


Wahai wanita solehah jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar dirimu bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita solehah jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...