Sunday, August 7, 2011

"Aku Ingin bertaubat..."


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kesempatan demi kesempatan di beri oleh Allah, dapat lagi kita berkongsi ilmu di bulan ramadhan ini. dipanjangkan umur, diberikan kesempatan untuk meneruskan puasa dan beramal soleh di dalam bulan penuh rahmat dan berkat ini.

Kali ini ingin saya berbicarakan tentang taubat. ramai dikalangan kita, tidak terkecuali saya yang kita ini sentiasa melakukan dosa menginsafi perbuatan tersebut lalu bertaubat. namun begitu, kita sering kali mengulangi dosa sama ada dosa yang sama atau pun yang lain. tidakkah terlintas di hati kita, adakah taubat kita diterima setelah melakukan perkara dosa dan bertaubat lalu melakukannya kembali? tidak terasakah seolah-olah kita mempermainkan Allah s.w.t? 

Dalam surah Al-Imran ayat 135 Allah telah berfirman yang bermaksud;
"Dan orang-orang yang apabila melakukan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan sedangkan mereka mengetahui akan salah dan akibatnya."

Menurut ayat ini seorang yang ingin bertaubat, mereka hendaklah betul-betul bertaubat dan bernekad tidak mengulanginya kembali. tetapi bagi kita yang "iman hanya senipis kulit bawang apabila ditiup pasti terbang" sudah pasti melakukan dosa kembali. bagaimanakah taubat kita?

Pada zaman Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang bertanyakan kepada baginda;
" ya Rasulullah, sekiranya aku melakukan dosa dan kemudian aku bertaubat, adakah taubatku akan di terima ya Rasulullah?
Rasulullah bersabda: "ya taubatmu akan diterima"
"sekiranya aku melakukan lagi ya Rasulullah dan aku bertaubat, adakah taubatku diterima?"
Rasulullah bersabda: "ya taubatmu akan diterima"
"sekiranya aku melakukan lagi ya Rasulullah dan aku bertaubat, adakah taubatku akan diterima lagi ya Rasulullah?" "ya taubatmu akan diterimaa"
" sampai bilakah ini akan berterusan ya Rasulullah (Allah s.w.t menerima taubat)?"
" Rasulullah s.a.w bersabda: "selama mana kamu masih ingin bertaubat....."dipetik dari iluvislam.com

Dari Anas bin Malik menceritakan Rasulullah s.a.w bersabda, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud;
"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula."

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53).

Ayat yang mulia ini berisi seruan kepada setiap orang yang berbuat maksiat baik kekafiran dan lainnya untuk segera bertaubat kepada Allah. Ayat ini mengabarkan bahwa Allah akan mengampuni seluruh dosa bagi siapa yang ingin bertaubat dari dosa-dosa tersebut, walaupun dosa tersebut amat banyak, bagai buih di lautan. 

Ayat ini menunjukkan bahwa Allah akan mengampuni setiap dosa walaupun itu dosa kekufuran, kesyirikan, dan dosa besar (seperti zina, membunuh dan minum minuman keras). Sebagaimana Ibnu Katsir mengatakan, ”Berbagai hadits menunjukkan bahwa Allah mengampuni setiap dosa (termasuk pula kesyirikan) jika seseorang bertaubat. Janganlah seseorang berputus asa dari rahmat Allah walaupun begitu banyak dosa yang ia lakukan karena pintu taubat dan rahmat Allah begitu luas.

Dari Abu ‘Ubaidah bin ‘Abdillah dari ayahnya, Rasulullah s.a.w bersabda;
"Orang yang bertaubat dari suatu dosa seakan-akan ia tidak pernah berbuat dosa itu sama sekali."

Setiap hamba pernah berbuat salah, namun hamba yang terbaik adalah yang rajin bertaubat. Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda;
"Semua keturunan Adam adalah orang yang pernah berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."

Semoga Allah s.w.t menerima taubat kita dan sentiasa memberi taufik untuk mencapai redha Allah.
"Maha suci Allah yang maha pengampun dan suka mengampuni dosa hamba-hambanya, maka ampunilah segala dosa-dosa kami yang telah lalu, sekarang dan akan datang."

Yang baik datang dari Allah, yang kurang serta kesilapan datang dari kelemahan hamba ini.
Wallahua'lam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...