Tuesday, August 2, 2011

"Semak Amalan Puasa Kita"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa pada tahun ini.. sedar tidak sedar sudah 2 hari meninggalkan kita dan hari ini merupakan hari 3 kita berpuasa. hanya tinggal 27 hari lagi untuk kita memberbaiki amalan dan ibadah puasa kita.

Sepanjang kita berpuasa cuba kita semak balik adakah hari kedua kita berpuasa lebih baik dari hari pertama?

Pertama sekali apa yang perlu kita semak ialah sahur kita. adakah kita sahur pada hari pertama kita? kalau tidak, cuba kita semak adakah hari kedua kita sahur? sabda rasulullah s.a.w "bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air".

Apakah yang sebenarnya yang dikatakan rasulullah s.a.w "bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air", ialah rasulullah s.a.w hendak mengajar kita untuk bangun awal supaya kita boleh melatih diri melakukan ibadah sunat sebelum subuh dibandingkan 11 bulan yang lain kita hanya bangun selepas subuh, tidakah ini merugikan kita.

Kedua, mari kita semak balik selama 2 hari sudah kita berpuasa ini, berapa kali kita membaca al-quran? Pada zaman rasulullah s.a.w mereka bertadarus, malahan Nabi kita juga bertadarus dengan malaikat jibril. sebagai manusia biasa bukanlah kita akui kita tidak mampu menandingi rasulullah dan para sahabat, tapi sesibuk mana kita luangkanlah masa untuk membaca al-quran kerana syafaatnya sangat la besar, al-quran ini akan menjadi teman kita semasa meniti titian sirat nanti.

Ketiga, mari kita semak balik sedekah jariah kita, berapa banyakkah kita telah menginfakkan harta kita dijalan Allah? Dibulan puasa ini, kita seharusnya memperbanyakkan sedekah. tidak rugi kita bersedekah kerana itu janji Allah, " selepas mati terhentilah amalan seorang hamba itu melainkan 3 perkara iaitu amal jariahnya, doa anak-anak yang soleh, dan ilmu yang bermanfaat."

Keempat, mari kita semak balik adakah kita berdoa semasa kita hendak berbuka? mungkin hari pertama puasa, biasalah huru hara sedikit, pergi pasar ramadhan pun nak dibelinya semua. tetapi hari kedua kita, adakah kita berdoa? Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir.” (Riwayat al-Baihaqi)

Yang terakhir, mari kita semak balik solat terawih kita, adakah kita melakukan terawih dimalam hari kita? Bukan nak dikejar akan 20 itu, cukuplah sekadar 8 yang penting istiqamah, itu lebih baik daripada tidak melakukannya lansung. tidak teringinkah kita mengambil peluang ini, hadiah dari Allah untuk umat-umat Nabi Muhammad. sabda rasulullah " umat-umatKu umurnya sekita 50 hingga 60",

Berbanding umur kita dengan umur umat-umat terdahulu jauh berbeza, umat terdahulu mampu hidup ribuan tahun. Jika dibandingkan amalan mereka mengikut tahun, kita tidak mampu melawan umat-umat terdahulu. Oleh itu, Allah memberikan kepada umat nabi muhammmad ini, pahala yang berlipat kali ganda pada bulan ramadhan ini, solat sunat 2 rakaat pahalanya sama dengan 83 tahun solat 2 rakaat.

Berbakikan 27 hari lagi ini, marilah kita sama-sama memperbaiki ibadah kita, memperbaiki jadual kita agar kita dapat memanfaatkan hadiah dari Allah ini.

Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri ini sendiri....semoga dipermudahkan segala urusan kita bermula hari ini dan seterusnya, insyaAllah.

wallahualam,

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...