Wednesday, August 3, 2011

"Puasa Yang sia-sia"


Assalammualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya, kita dipanjangkan umur untuk meneruskan ibadah puasa dan bangun dengan keadaan negara kita aman damai. sebelum kita membicarakan lebih lanjut mari kita dengar sepotong ayat dari surah Al-baqarah ayat 183 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."

Bulan ramadhan merupakan 1 bulan tarbiah untuk umat islam supaya menjadi insan yang bertaqwa. bagi orang yang beriman, bulan ramadhan ini merupakan bulan yang sangat istimewa, bulan yang mana mereka sentiasa nanti-nantikan kehadirannya, rasa rindu yang selalu mengugat hati untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t tetapi berapa ramai dikalangan kita hari ini hanya membiarkan ramadhan berlalu tanpa pengisian.

Walaubagaimanapun, kita jangan leka andai kita sudah berpuasa, berterawih, dan berqiamulail masih ada cara lain yang dapat merosakkan pahala puasa kita. demikian seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w : "berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga, dan berapa ramai orang yang bersolat malam tidak mendapat apa-apa melainkan penat"

Diantara penyebab-penyebab yang menjadikan puasa kita hanyalah sia-sia;

Pertama,melihat benda yang dilarang. kita hendaklah mengelak pandangan ke tempat-tempat yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitulah juga melihat perbuatan-perbuatan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan, hendaklah dijauhi daripadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurnia-kannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati.”
  
Kedua, berkata perkara-perkara dusta dan sia-sia. kita hendaklah menjaga lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, mengumpat, hujjah-menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya. 

Pada zaman Rasulullah s.a.w, dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi s.a.w, lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah s.a.w: "Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. " Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Ketiga, mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan. Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."


Terakhir, melakukan dosa dan perkara-perkara yang haram. Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yang memasukinya daripada sesuatu yang diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya. Seumpama orang yang berpuasa yang kemudian semasa berbuka, memakan benda yang haram adalah seperti orang yang sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.

marilah sama-sama mengingati antara satu sama lain kerana diri ini juga melakukan kesilapan.
wallahua'lam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...