Friday, August 5, 2011

"3 Golongan Manusia Di Dunia Ini"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diberi kesempatan meneruskan ibadah puasa, dan ari ni sudah 6 ramadhan yakni sudah 6 hari kita berpuasa. sebelum mebicarakan lagi lebih lanjut ingin saya mulakan dengan sepotong ayat yang bermaksud;

“Demi masa. Sesunguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh.”- Surah al-’Asr: ayat 1-3

Dalam ayat ini Allah menegaskan kepada "kita demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Kerugian ini dikatakan kepada manusia yang hidupnya hanya mengejar dunia semata-mata, mereka ini tidak menyakini akan kehidupan selepas mati. 

Ingin saya kaitkan disini sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini, seharusnya kita melipatgandakan amalan kita. jangan biarkan puasa kali ini lebih teruk pada puasa yang lepas atau sama sahaja dengan tahun lepas. tidakkah kita merasa rugi??

Dalam kitab Maza Ya'ni Intima-i Li Al-islam yang dikarang oleh Mujahid Fathi Yakan, menyatakan didunia ini terdapat 3 golongan manusia;

Golongan pertama ialah golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. mereka dinamakan golongan Ad-Dahriyyun dan sikap mereka jelas dinyatakan di dalam al-quran:

"Dan tentu akan mereka kata: "Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan."-Surah Al-An'am: ayat 29

"Dan mereka berkata: "hidup tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. dan mereka sekali-kali tidak mempunyai penetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja."- Al-Jatsiyah: ayat 24

Golongan kedua ialah golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah s.w.t dalam kehidupan dunia. namun mereka masih menyangka yang mereka masih melakukan kebaikan. meskipun mereka beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. mereka itu pada hakikat nya memandang kebendaan walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Golongan ketiga ialah golongan yang menganggap dunia sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasil untuk bekalan di akhirat kelak. golongan ini benar-benar beriman kepada Allah .s.w.t. mereka mengetahui hakikat sebenar kehidupan serta memahami nilai dunia berbanding dengan hari akhirat.Allah s.w.t telah berfirman;

"Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. dan sesungguhnay kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tdidakkah kalian mengerti."- Al-an'am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah s.w.t dan mencari keredhaanNya. mereka melengkapi seluruh bidang ilmu (fardhu ain dan fardu kifayah).

Oleh itu, mari kita renung golongan manakah kita saat dan waktu ini, andai kita bukan golongan yang ketika, jadikanlah bulan ramadhan kali ini sebagai pembuka lembaran baru dalam kehidupan kita, langkah pertama kita untuk berubah.

Wallahua'lam..Yang mencukupi itu Allah, yang kedil ini saya..andai ad kekurangan tegur-tegurlah. semoga kita berada didalam golongan orang yang sentiasa bersyukur..insyaAllah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...